Ahad, 4 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN TAK MUNGKIN BERPECAH

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.

Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.

Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut.

Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.

"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.

"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.

"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’.

"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.

Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.

"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.
"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah). – 3 Oktober, 2015.

2 ulasan:

  1. as-salam bro JJ

    Pendapat saya, PAS dalam dilemma, keceruan, kalut, jiwa kacau, bersikap dengki, sombong, kesat, kasar ! Bermasalah through and through !!

    Sifat buruk (mazmumah) di hati pemimpin pendokong PAS dah lama berulat, bersarang & kini kian terserlah pada umum sikap sebenar, their true colour !

    Pemimpin & penyokong PAS masih dalam "still in denial" of everything they stand for. They started blame everyone, everything, every dog out there, but themselves...haha !

    TITM pun sekejap cakap, tindakannya macam "angel", masa lain sama macam bigots yg ada dalam PAS hari ini. Sahabat apa bendanya yg 'mendoakan' masalah, musibah untuk sahabat (PKR)? Islam yang PAS bawak hanya topeng aje... yang lebih utama "habuan duniawi" ! Pemimpin yg tak boleh ditegur kekurangan diri memang terbukti payah dibawak berbincang, tak boleh berpakat & rasa dia aje betul @ sombong !

    Insaflah !

    BalasPadam
  2. APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL DI JAMIN TEMBUS 2D 3D 4D 5D 6D 7D HBG NMR INI 085-256-133-981 MBAH SORE ATAU PESUGIHAN DANA GAIB TRANSFER JANIN DAN BANYAK LAGI KELUAHANYA INSAH MBAH PASTI BANTU

    BalasPadam