Jumaat, 31 Julai 2015

AMBOI AZALINA BUKAN MAIN LAGI YE?.

Berkatalah seorang wanita dari Johor yang diangkat semula sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, , Datuk Seri Azalina Othman Said,  bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Dalam satu laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

Baru dapat kerusi baru sudah minta Umno pecat Muhyiddin, garang sungguh wanita ini.

Inilah budaya dalam Umno, siapa berlainan pandangan dan mengkrotik `bos nombor 1' dikira melakukan kesalahan, mahu dipecat sahaja.

Sejak Muhyiddin disingkirkan dari Timbalan Perdana Menteri, bukan Azalina sahaja yang mencadangkan Muhyiddin dipecat, rasanya ada lagi yang mahu bertindak saperti Azalina

Tambahan pula mereka yang sudah bergelar menteri atau timbalan menteri, mengampu sahajalah mereka.

Berkata lagi Azalina, “Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...

“Apa salahnya?,” seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

“Dalam isu duit (RM2.6 bilion), saya tidak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya.

MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno.

Hairan juga kita memikirkannya, macam mana Azalina boleh kata isu duit RM2.6 bilion yang dikatakan masuk dalam akuan bank peribadi Najib Razak sebagai bukan isu besar.  Kalau bukan isu besar, isu apa?

Kalau bukan isu besar tidak akan Tun Mahathir bersuara lantang. Jika bukan isu besar tidak akan Muhyiddin bersuara hingga jawatannya terpelanting.

Jika bukan isu besar , rasanya pemimpin pemimpin pembangkang tidak akan bersuara. `Hairan bin ajaib' macam mana Azalina boleh berkata isu itu bukan isu besar.

Untunglah Najib dapat menteri macam Azalina ini. Jika ada lima ke sepuluh menteri macam Azlina,  senyum lebarlah Najib. Semuamya OK sah
aja.

Khamis, 30 Julai 2015

NEGARA KINI DI AMBANG KERUNTUHAN

Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa untuk menyembunyikan perkara sebenar berhubung kontroversi 1MDB.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah malang bagi Muhyiddin apabila tidak dapat bercakap sesuatu perkara dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat atas kapasitinya sebagai seorang anggota kabinet.

“Jika pun persoalan Tan Sri Muhyidin itu adalah atas kapasiti sebagai seorang anggota Kabinet, apa masalahnya untuk beliau berkata sesuatu dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat?

"Apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin ialah persoalan integriti dan amanah seorang perdana menteri yang telah pun  hilang," katanya dalam satu kenyataan.

Mahfuz juga merpersoalkan, apakah salah untuk seorang timbalan presiden Umno menyatakan demikian di hadapan ahli-ahli Umno?

Apatah lagi, umum mengetahui Muhyidin menyatakan semua itu dalam program dalaman Umno dan yang terakhir pada ucapan perasmian mesyuarat agung Umno Cheras atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno, kata Mahfuz.

Malah, beliau mendakwa negara kini berada di ambang keruntuhan kerana mereka yang terpilih dilantik menganggotai kabinet kali ini adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib.

"Negara kini di ambang keruntuhan. Apa yang hendak diharap pada anggota kabinet yang baru untuk nak menyelamatkan negara, sedangkan mereka terpilih dilantik menganggotai kabinet adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib agar terselamat daripada pendakwaan di Mahkamah berkaitan Skandal 1MDB," jelasnya.

Justeru, ujar Mahfuz rakyat Malaysia kini tidak ada pilihan selain menuntut pembubaran Parlimen dan diadakan segera pilihan raya baru untuk rakyat membuat perubahan demi Malaysia tercinta. 
(dipetik dari Malaysiakini

SELEPAS MUHYIDDIN SIAPA PULA KENA PECAT?

Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri.

Teratas di dalam senarai sasaran tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.

Saya juga mendapat maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas tersebut.

Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu, dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Tidak semena-mena, dalam tempoh 24 jam ini muncul beberapa blog misteri yang menamakan Pegawai-Pegawai ini sebagai konspirator menjatuhkan Perdana Meteri dan Kerajaan yang dipilih secara demokratik di mana saya percaya ini adalah sebahagian daripada taktik licik untuk mengolah persepsi umum bahawa Pasukan Petugas Khas ini mempunyai niat yang buruk untuk memfitnah dan menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan menggunakan isu 1MDB dan juga penyaluran wang RM2.6 bilion tersebut.

Ianya juga jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan Pegawai-Pegawai tersebut daripada menjalankan siasatan secara telus, adil dan objektif.

Dalam hal ini, saya memberi amaran kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, PDRM dan Peguam Negara yang baru supaya mengambil tanggungjawab segera untuk menghentikan serta merta segala bentuk serangan, gangguan dan ugutan yang dilakukan pihak-pihak tertentu ke atas mana-mana pihak terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan dan agensi penguatkuasaan  yang terlibat di dalam penyiasatan kes-kes berkaitan skandal 1MDB.





DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena


HARAPAN BARU SOKONG HIMPUNAN AMAN ANJURAN BERSIH

Harapan Baru (HB) menyokong penuh cadangan BERSIH untuk mengadakan Himpunan Aman pada 29 dan 30 Ogos depan.

Sehubungan itu HB mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau negara kini berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri, jelasnya..

"Najib mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku", tegas beliau..

Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak Perdana Menteri Najib Razak meletakkan  jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan negara ini daripada terus menuju kehancuran., tambah beliau lagi.

Beliau menegaskan sekali lagi Harapan Baru menyokong penuh usaha BERSIH dan akan memberikan sepenuh kerjasama menjayakan himpunan aman tersebut.


Rabu, 29 Julai 2015

MUHYIDDIN SERTAI HARAPAN BARU?



Desus desus Tan Sri Muhyuddin Yassin `disngkirkan' daripada Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini menjadi kenyataan.Hari ini Muhyiddin `hilang jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan.

Turut `tersingkir.Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Reaksi pertama Muhyiddin selepas digugurkan, ia  menerima keputusan tersebut dengan reda dan berlapang dada.

Umum mengetahui punca utama Muhyiddin dilucutkan jawatan adalah sikap beliau yang mengkritik Najib berhubung 1MDB. Apakah selepas ini Muhyidin akan berdiam diri atau bersuara saperti Tun Mahathir Muhammad `demi rakyat'.

Ada dua pilihan di tangan Muhyiddin dan Shafei Afdal, pertama kedua dua boleh memilih untuk berdiam diri . Keduanya `demi rakyat' saperti yang dilafazkan oleh mereka sebelum ini `dikotakan, mereka boleh seiring sejalan dengan Tun Mahathir.

Atau kedua duanya mengikut gaya Datok Seri Anwar Ibrahim, bersuara atas kebenaran, `lawan tetap lawan'. Mungkin juga kedua duanya boleh bergabung dalam satu `team' bersama Tun Mahathir ntuk mempertajamkan `serangan' terhadap Najib.

Jika Muhyiddin benar bertindak `demi rakyat' sewajarnya beliau dan Shafei tidak `membisu' selepas ini. Rakyat mahu melihat kebenaran itu ditegakkan .

Persepsi rakyat kini apabila Najib `menggugurkan. Muhyidden dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan `menggugurkan juga Tan Sri Gani Patail dari jawatan Peguam Negara, ada sesuatu yang ingin `ditutup' oleh Najib.

Ini kerana sebelum ini tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin memberitahu, Pasukan Petugas Khas mempunyai cukup bukti untuk mendakwa pihak yang  terbabit dalam kes 1MDB.

Tanpa mendedahkan sumbernya, A Kadir mengaitkan maklumat daripada “bekas pengawai tinggi perundangan” itu dengan siasatan ke atas akaun Najib, didakwa

Rakyat negara ini tertanya tanya mengapa seorang peguam negara yang menganggotai satu pasukan penyiasat penting digugurkan secara mengejut.

Dalam masa yang sama Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula tidak dapat terus berada di jawatan tersebut kerana Najib mengumumkan beliau dilantik ke jawatan timbalan menteri.

Melihat perkembangan yang berlaku ini, apakah Muhyiddin dan Shafie hanya mengambil sikap berdiam diri sahaja? Sewajarnya kedua duanya tidak bersikap begitu.

Mereka berperlu bersuara `demi rakyat' saperti mana tindakan yang dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika `tiga serangkai' ini Tun Mahathir, Muhyiddin dan Shafei Afdal bergabung tenaga mengasak Najib, dalam masa yang sama gabungan pembangkang PKR, DAP dan Harapan Baru terus `menghentak' Najib ke tepi gelanggang' pastinya `hentakkan' itu boleh menyebabkan Najib `terkulai'`

Saperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamad Aziz, keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet akan menghancurkan parti tidak lama lagi.

Beliau memberitahu The Star, Najib sewajarnya dipersalahkan sekiranya Umno jatuh, kerana beliau bertanggungjawab menyingkirkan Muhyiddin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

"Semua ini tidak baik untuk Umno di mana tindakannya (Najib) akan memusnahkan parti tidak lama lagi. Kalau ia terjadi, kita tahu siapa hendak dipersalahkan.

"Saya tak tahu apa jenis nasihat yang diterima Najib, tetapi sekarang beliau kena terima akibat daripada apa yang dilakukannya," Mohamad dipetik berkata.

Satu kesilapan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie, walaupun kedua-duanya sebelum ini mempersoalkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda skandal", kata beliau


Apakah Muhyiddin Yassin  masih mahu `membisu'? Apakah Muhyiddin akan menyertai Harapan Baru `demi rakyat`  Dalam politik segalanya berkemungkinan.

PERTUKARAN PEGUAM NEGARA JEJAS SIASATAN 1MDB

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ingin melahirkan kegusaran mengenai tindakan Perdana Menteri melakukan rombakan kabinet terutamanya dengan melantik empat orang Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, termasuk Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri.

Rombakan ini beserta tindakan menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail yang terlibat secara langsung mengetuai Pasukan Petugas Khas menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB amat membimbangkan.

Setiap kali bila dibangkitkan isu 1MDB, jawapan yang diberikan adalah agar kita tunggu siasatan tersebut selesai dijalankan. Termasuklah yang mutakhir, persoalan yang dibangkitkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Cheras yang telah dijawab oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang sekali lagi meminta agar rakyat menunggu hasil siasatan tersebut selesai dijalankan.

IKRAM berpandangan, tindakan-tindakan tersebut hanya menghakiskan lagi kredibiliti Perdana Menteri dan Kerajaan yang seterusnya akan menjejaskan lagi usaha mengembalikan kredibiliti dan maruah negara serta keyakinan para pelabur.

IKRAM mengharapkan agar segala tindakan yang ingin diambil perlu meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan.

Dengan ini, sekali lagi IKRAM mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi menyiasat kes 1MDB.

Moga Allah s.w.t. memelihara dan menyelamatkan Malaysia daripada sebarang malapetaka yang lebih buruk.                                            

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad      
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Selasa, 28 Julai 2015

NAJIB GAGAL YAKINKAN ANGGOTA KABINET?




Bekas Naib Presiden PAS, Datok Husam Musa menyifatkan teguran terbuka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan hilangnya  kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu..
Ini juga menggambarkan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri gagal meyakinkan anggota kabinetnya tidak ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB.
Menulis di dalam facebooknya Husam menyatakan ucapan Muhyiddin Yassin itu mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan Perdana Menteri..
"Malangnya, satu-satunya pertahanan PM terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!"tulisrnya.
Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan DS Najib tidak lagi mengambilkira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.
"Demi 1MDB, DS Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya"..
Ini bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka terhadap rukun bernegara akan berlaku.
Andainya TS Muhyidin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.
"Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan"..
"Saya mengulangi seruan saya supaya Ahli Parlimen supaya ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama"..

TUBUH KERAJAAN PERALIHAN

Pengerusi pro-tem GHB Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kerajaan peralihan itu dicadangkan ditubuhkan selepas Dewan Rakyat bersidang pada sesi akan datang iaitu pada Oktober.

Katanya, ia wajar disokong dengan empat terma rujukan yang khusus, termasuk dengan melantik seorang "perdana menteri interim" daripada kalangan pemimpin terkanan dalam negara.

Perdana menteri interim ini diharap boleh memainkan peranan bagi tempoh satu tahun sehingga pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diadakan, kata Mat Sabu pada satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

"Terma kedua ialah dengan melakukan reformasi terhadap institusi-institusi penting bagi memastikan PRU14 berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan dan undang-undang dikembalikan.

"Terma ketiga ialah perlunya diadakan rombakan terhadap dasar-dasar ekonomi yang menindas rakyat.

"Manakala terma terakhir ialah dicari penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan matlamat memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Mengulas desas-desus Muhyiddin akan disingkirkan dari Kabinet seperti laporan The Malaysian Insider pagi ini, Mat Sabu yang bercakap sebelum pengumuman mengenai rombakan Kabinet dibuat perdana menteri mengatakan, bekas timbalan perdana menteri itu perlu menyokong usaha ke arah kerajaan peralihan tersebut.

"Sudah sampai masanya beliau dan kumpulannya, serta ahli-ahli Parlimen BN yang lain, yang cintakan negara, menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Mat Sabu turut menasihatkan supaya Muhyiddin bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan yang dilalui serta menjemput beliau menjadi sebahagian daripada GHB.

Sementara itu, setiausaha publisiti kebangsaan DAP Tony Pua dan naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, waktu ini ialah saat yang kritikal bagi negara ini dan kerajaan peralihan ini sangat penting untuk menyelamatkan negara.

"Kami sedang mencari penyusunan semula baru bagi pihak kuasa-kuasa progresif, untuk menyelaraskan semula negara ini," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara. – 28 Julai, 2015.

(dipetik dari Malaysian Insider

Isnin, 27 Julai 2015

PAS PERAK `SESAK NAFAS'?

Sejak semalam Pas Perak mulai merasa `sesak nafas' untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 akan datang. `Jantung' Pas Perak kian berdegup kuat dengan `tiga majlis' yang berlaku semalam. Ada kemungkinan `sesak nafas' Pas Perak itu boleh mengakibat `serangan jantung yang membawa kepada Pas Perak `koma'

Semalam  menyaksikan Jawatankuasa Dewan Himpunan Pas Perak dan kawasan kawasan meletakkan jawatan sekaligus menyokong Gerakan Harapan Baru.

Ketua DHPP Perak S. Nelli Raja mengisytiharkan keluar daripada Pas dan bertindak memberikan sokongan  pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah.

Tindakan itu dibuat selepas kecewa dengan komitmen dan hala tuju yang dibawa oleh kepimpinan baru Pas di peringkat Pusat dan negeri.

“Kita sebulat suara pada hari ini (semalam) bahawa semua ahli jawatankuasa DHPP Perak peringkat negeri dan kawasan berhenti dan meletak jawatan daripada terus menyokong Pas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi Dialog Bersama Pimpinan #harapanbaru Bersama Harapan Baru Malaysia di Hotel Symphiny Suites, di sini, semalam.saperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Di majlis yang sama PKR Perak secara terbuka menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya.

Derita ' Pas Perak semakin perit dan menyiksakan  apabila dua majlis yang dianjurkan Gerakan Harapan Baru Negeri Perak menyaksikan sambutan yang cukup hebat. Majlis dailog dan ceramah Harapan Baru melakar sejarah dengan kehadiran yang cukup memberangsangkan.

Negeri erak pastinya akan menjadi salah satu tapak kepada Harapan Baru mengembangkan pengaruhnya sekaligus bersdia menghadapi pilihanraya umum ke 14 bersama gandingan PKR dan DAP.



Pas akan bersendiri lagi dalam pilihanraya umum akan datang kecuali ada satu keputusan mengejut untuk bergandingan dengan Umno/

Ahad, 26 Julai 2015

PAS KEMBALI KE ZAMAN SILAM?

Akhirnya PAS akan bersendirian. Itulah jangkaan banyak pihak yang diketahui Umum walaupun hingga kini parti itu masih mendakwa bersama Pakatan Rakyat.

Pembentukan satu gabungan parti pembangkang yang dijangka akan mengwujudkan Pakatan Rakya Baru, dianggotai PKR, DAP dan Harapan Baru. PAS tersisih daripada gabungan itu.

Apa hendak dikatakan lagi bila PAS tersisih dari gabungan pembangkang, tidakkah akhirnya Pas berpisah dengan PKR dan DAP? Tempat Pas akan diisi oleh parti baru nanti.

Apa yang hendak dikatakan oleh pemimpin pemimpin Pas. Berpisah jua akhirnya. Namun Pas sedari awal telah mendendangkan lagunya, `Pas kuat bila bersendirian'.

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datok Harun Din yang menyatakan Pas bersedia meninggalkan PKR sekiranya parti itu  menyertai pakatan pembangkang baharu, yang disertai PKR,

DAP dan Gerakan Harapan Baru saperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini sedikit pun tidak mengejutkan rakyat negara ini.

Kemumgkinan besar akhirnya Pas tidak lagi bersama PKR dan gabungan parti pembangkang kian ketara. Pas hampir pasti memutuskan hubungan dengan PKR. Kenyataan Datok Harun Din sudah diduga oleh rakyat Malaysia kerana `bunga bunga' keruntuhan Pakaran Rakyat sudah berada di depan mata.

Pas akan bersendirian seperti duhulu dengan kekuatannya yang dijangka kian lemah dan longlai selepas ini walaupun pimpinan Pas mendakwa parti itu cukup kuat bila bersendirian.

Mampukan Pas menguasai negeri Kelantan sekali lagi bila pilihanraya umum ke 14 berlaku. Ada yang menjangkakan kubu kuat Pas itu akan pecah berderai, tetapi pimpinan Pas saperti biasa menafikan kerana parti itu tidak perlu kepada rakan rakan pembangkang , Pas kuat dan hebat berbanding sebelum ini.

Sewaktu bersama Pakatan Rakyat Pas mampu meraih kemenangan di kawasan yang pengundinya bercampur campur, terutama pengundi Cina. Bila parti itu sendirian, Pas diramalkan tidak mampu meraih kemenangan lagi  di kawasan saperti itu.

Pengundi bukan Islam khususnya Cina tidak akan lagi memberikan undi kepasda Pas, tidak siapa boleh menafikannya. Pas mungkin boleh menang di kawasan ramai pengundi Melayu di kampung kampung tetapi kawasan bandar dan pinggir bandar `sayonara' buat Pas.

Pimpinan Pas rasanya sedar akan hakikat ini, mereka sudah panik dan gelabah bila ombak Harapaan Baru kian besar dan kuat. `Serangan demi serangan' kian diperhebatkan kepada mereka yang bersama Harapan Baru. Ugutan demi ugutan dihemburkan oleh pimpinan Pas, `fatwa baru' mula kedengaran, sebelum ini sunyi sepi.

Mungkinkah Pas akan kembali ke zaman silamnya, Parti tok lebai dan parti orang kampung'?.

Sabtu, 25 Julai 2015

"HENTIKAN SEGERA BAIAH"


Pimpinan Pas khususnya perlu berlapaang dan menerima pandangan yang dilontarkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenai bai'ah yang menceraikan isteri dengan talaq tiga.

Kritikan mufti Perlis sewajarnya diterima kerana ianya dicetus oleh seorang yang berwibawa dalam agama, kerana itu pandangannya seharusnya diguna pakai.

Mufti Perlis Datuk itu dalam kenyataanya membidas baiah menceraikan isteri dengan talak 3 sekiranya bertindak melompat parti, seperti dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan, menyifatkannya perbuatan bercanggah dengan syariat Islam, saperti yang dilaparkan oleh sebuah akhbar tempatan.

"Pelaksanaan baiah itu dihentikan dengan segera berkata, perbuatan tersebut juga melihatkan bagaimana agama dijadikan alat untuk menguatkan sesuatu parti politik, walhal ia tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Ini kerana politik dalam Islam ialah untuk membawa kemakmuran kepada negara serta masyarakat, bukan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Sebelum ini Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya, saperti
yang dilaporkan Sinar Harian.

Di tengah tengah kegawatan mengenai isu bai'ah  Majlis Syura Ulamak menjelaskan bai'ah seumpama itu tidak pernah diluluskan oleh badan tertinggi Pas itu.

Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura sepertimana yang digembar-
gemburkan sebelum ini.

“Memang tak ada... itu bukan keputusan Majlis Syura… tidak pernah, itu tidak betul dalam bai’ah kita tidak ada (bai’ah talak tiga) , “ Katanya saperti yang dilaporkan oleh Sinar Online.

"Islam menyuruh berpolitik untuk membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara serta masyarakat tetapi kini sehingga boleh meruntuhkan rumah tangga.
"Janganlah menjadikan isteri dan keluarga sebagai mangsa keadaan kerana mereka tidak terlibat dalam politik," jelas Datok Dr. Mohd
Asri lagi.

PAS BAKAL HILANG SOKONGAN PENGUNDI MELAYU DAN CINA

Kenyataan Media.

Lakukan Sesuatu Jika Tidak PAS Bakal Kehilangan Sokongan Pengundi Melayu dan Cina Pada PRU 14.

1. Saya bukan lah nujum politik yang mampu membuat telahan tentang masa depan politik sesebuah parti apatah lagi membabitkan parti yang saya dukung iaitu parti PAS. Saya yakin sesuatu yang berkaitan masa depan ianya dalam Ilmu Allah. Cuma dalam politik pilihan raya kita boleh membuat analisa dan unjuran melalui "survey" dan cula undi. Inilah yang telah sebati dalam jentera gerakerja pilihan raya PAS sejak 13 kali menghadapi Pilihan Raya Umum dan berpuluh kali menghadapi Pilihan Raya Kecil.

2. Sejak berlarutan krisis dalam PR hingga kini boleh dikatakan banyak pihak menyatakan PAS akan menerima kesan kemerosotan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu pada PRU 14 akan datang. Tidak perlu saya membariskan insiden-insiden yang telah berlaku membabitkan PAS dan rakan rakan PR yang mendorong menjadi penyumbang kepada kemerosotan undi tersebut.

3. Apa yang penting untuk dipersoalkan  ialah apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pimpinan PAS untuk memperbaiki keadaan dalam membendung kemerosotan undi bukan melayu khususnya pengundi cina pada PRU 14 akan datang. Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan.  Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

4. Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (HB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan Gerakan tersebut. Kenyataan-kenyataan PAS yang mengecam Harapan Baru dan pimpinan Harapan Baru akan membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap Harapan Baru.  Ini akan menyebab berlakunya kemerosotan sokongan pengundi Melayu Islam khususnya dari kalangan pimpinan dan ahli PAS daripada pelbagai peringkat.

5. Kenyataan demi kenyataan dari kalangan pimpinan PAS yang disiarkan akhbar rasmi PAS iaitu Harakah yang menimbulkan isu kononnya ancaman yang merosakan PAS dari dalam adalah dari kalangan mereka yang pernah terlibat dengan IRC, JIM dan kini IKRAM akan menambahkan lagi kemerosotan sokongan undi Melayu Islam pada PAS. Kenyataan-kenyataan tersebut seperti mempersoalkan keikhlasan dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri yang berlatar belakangkan fikrah IRC, JIM dan kini dinamakan IKRAM. Semua harus mengakui sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada IKRAM yang mempunyai rangkaian di pelbagai peringkat akan menjejaskan kedudukan kekuatan PAS dari sudut politik pilihan raya. Mungkin dari sudut kekuatan PAS sebagai Gerakan Islam, PAS boleh rasa syok sendiri kerana tiada siapa lagi yang dianggap sebagai musuh dalam selimut PAS. Namun, dari sudut pilihan raya, PAS memerlukan sokongan dan undi daripada semua orang sama ada Islam atau pun bukan Islam.

6. Tindakan dan kenyataan sebegini sudah pasti akan mengguris dan melukakan pihak ahli-ahli IKRAM yang menyertai PAS mahupun yang mengundi PAS dalam setiap pilihan raya, kerana mereka telah digambarkan oleh PAS sebagai pengkhianat kepada Jemaah Islam PAS. Sikap yang ditunjukkan oleh PAS ini sudah pasti mengundang penarikan sokongan dan undi dari ahli-ahli dan pendokong IKRAM. Bukan saja IKRAM tetapi dia akan membabitkan padangan dari pihak kumpulan Islam yang lain juga akan merasai yang PAS tidak boleh menerima kelainan fikrah dari Jemaah yang bukan terhasil dari tarbiah PAS untuk bersama PAS.

8. Bayangkan, daripada senario yang saya berikan sepatutnya PAS perlu menumpu dan mengawal  pengundi terasnya iaitu Melayu Islam agar tidak kehilangan dan merosot sokongan pada PRU 14 nanti. Di samping berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya pengundi Cina. Tetapi apa yang berlaku kesan di sebalik setiap perkataan yang dihamburkan ialah ia seumpama cirit birit mulut yang  perlu dicari ubat bagi segera menghentikannya

9. Saya hanya melontarkan persoalan untuk direnungi oleh pimpinan dan ahli ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan gerakerja pilihan raya. Jangan sekadar hanya menyatakan yang penting bukan hanya kemenangan tetapi keredhaan Allah yang dicari. Kalau begitu, tidak perlulah PAS menyertai pilihan raya yang hanya menghabiskan wang. Cukup sekadar dengan program dakwah dan tarbiah membangun ummah. Sedangkan, hakikatnya yang kita mahukan ialah politik kuasa yang redhai Allah.

10. Terserahlah pada pimpinan yang bijaksana untuk menerima atau menolak pandangan dan komentar saya ini. Sekadar pandangan 10 sen daripada saya yang tidak sebijak pimpinan yang ada kini.

Mohon maaf sejujurnya daripada saya untuk semua atas pandangan dan komentar ini.

Selamat Hari Raya 'Edilfitri.


DATO MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
25 Julai 2015
8 Syawal 1436H

KEPENTINGAN RAKYAT GHB SEDIA BINCANG



1. Gerakan Harapan Baru (HB) bersedia untuk   mengadakan perbincangan  dengan semua pihak dalam usaha mendepani isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

2. Situasi politik, ekonomi dan sosial negara sekarang ini sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan kehidupan seharian mereka.

3. HB telah dan akan terus menemui NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh serta institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat.

4. Berdasarkan senario terkini politik tanah air, HB tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lebih awal.

5. Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini.

6. HB sentiasa bersedia memberikan apa saja sumbangan yang terbaik untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Harapan Baru (HB)
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H

Jumaat, 24 Julai 2015

BAI'AH SENJATA BARU PAS?


Isu bai'ah wakil rakyat Pas mula didendangkan oleh Pas sejak mutahir ini, tidak tahu kenapa agak pimpinan Pas  mula mencetuskan isu ini.Adakah ianya satu ugutan atau `perangkap' untuk memerangkap khususnya Adun Adun dan Ahli Parlimen Pas dari keluar parti atau menyertai parti baru.

Yang anihnya setelah `diperhambat keluar' dan dicabar tubuh parti baru kepada mereka yang bersama Gerakan Harapan Baru, Pas seakan `terkejut' bila melihat Harapan Baru mula mendapat sambutan.

Gelombang kebangkitan rakyat melalui Harapan Baru kian`menggunung', Pas seakan tersentak dari lamunan mimpi indahnya. Mencari sesuatu untuk menyekat arus deras Harapan Baru.

Mungkinkah isu bai'ah ini satu senjata baru Pas untuk mengekang pimpinan Harapan Baru untuk keluar parti dan menyertai parti  baru september ini.

Itulah mungkin sebabnya Pas tidak terburu memecat mereka yang terlibat, jika dipecat mereka dikira `bebas' daripada bai'ah tersebut. Mungkinkah itu satu tindakan 'politik kurang bijak' Pas, dakam menghadapi 'ombak yang kian deras' daripada Harapan Baru

Dalam isu bai'ah ta'laq isteri setidak tidaknya ada dua mufti di negara ini yang mengeluarkan kenyataan mengenainya, Mufti Negeri Kelantan menyatakan sah jatuh ta'laqnya, tetapi mufti Pulau Pinang menjelaskan sumpah baiah itu tidak sah..Kenyataan telah dibuat oleh dua mufti tersebut.

Berbicara mengenai isu ini Ahli Parlimen Parit Buntar dalam kenyataan kepada Malayskini semalam mempersoalkan tentang pengkhianatan sekiranya parti itu yang mengkhianati wakil rakyat yang mengangkat sumpah,

"Isunya pengkhianatan. Apa pengkhianatan itu? Jika parti itu sendiri yang mengkhianati (orang yang mengangkat sumpah), jadi bagaimana kita nak ikut peraturan parti?

"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?," ujarnya

Bagi beliau bahagian pengkhianatan itu terlalu luas dan ia menuntut persoalan sama ada ia terikat tanpa syarat..

Isu bai'ah tercetus baru-baru ini kerana kumpulan progresif dalam PAS bercadang untuk menubuhkan parti Islam baru. Sumpah tersebut bermaksud untuk menghalang anggota parlimen dan ADUN PAS melompat parti..

Apapun persoalanya pimpinan Harapan Baru perlu menanagi isu bai'ah ini dengan sebaik mungkin kerana dibimbang isu baiah ini dijadikan senjata baru oleh Pas untuk memerangkap mereka yang aktif dan cenderung kepada Harapan Baru untuk tidak bersama dengan parti baru nanti.

Biarlah apa juga `senjata' yang bakal diketengahkan oleh Pas tidak menembusi mereka yang bersama Harapan Baru. Biar Harapan Baru melangkah gagah menepis `senjata' dari Pas yang akhirnya Pas `tersungkur' bersama `senjata' yang 'direka cipta' mereka sendiri.




BAI'AH SATU PENJELASAN

ISU BAIA'H : SATU PENJELASAN

www.harapanbaru.net

MUQADDIMAH

Kertas ini merujuk kepada tulisan asal Dr Zaharudin Abdul Rahman dari Murshid yang bersusah payah menyediakan pencerahan bagi isu Baiah dan yang bersangkutan dengannya. Kertas bertajuk Kefahaman Erti Jamaah
dari Hadis & Isu Bai'ah cuba dirungkaikan permasalhannya dalam konteks lafaz taat setia semua calon pilihanraya dan khusunya yang menjadi MP dan Adun dari PAS. 

Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada Al Fadhil Dr Zaharudin Abdul Rahman dan telah meringkaskan dengan sedikit penambahan untuk tujuan pembenatangan kepada MP dan Adun PAS yang inginkan penjelasan.

RINGKASAN TAJUK -TAJUK

Asas perbincangan isu Bai'ah ialah untuk menjawab beberapa persoalan

1. Pengertian Baia'h dan aplikasinya pada Jamaah PAS

2. Lafaz Baia'h dan Bersumpah dalam PAS

3. Pelanggaran sumpah dan cara menebusnya

BAIA'H

Perkataan bai'ah adalah dari bahasa Arab ب ا ع  بيعة yang bermakna menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu janji kerana orang Arab akan membuat sesuatu janji dengan menghulur tangan masing-masing sebagai tanda setia kepada janji yang dibuat.

Dari sudut istilah ia adalah persetujuan antara umat dan pemerintahan Islam yang mempunyai implikasi timbal balik antara keduanya dari sudut hak. Baia'h ada berbagai bentuk antaranya

1. Baiah masuk Islam
جاء الناس الكبار و الصغار و الرجال و النساء فبايعهم على الاسلام والشهادة
 (riwayat Al Baghawi dan Hakim)

keluarnya dari baiah  shahadah ini bermakna murtad

2. Baia'h kepimpinan utama Khalifah Islam berpandukan hadis
من مات و ليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم)

Baia'h ini hari ini dirujuk kepada kepimpinan negara Islam yang ada kuasa legaslatif dan eksekutif serta bertungsi sebagai kerajaan yang sah mengikut undang-undang di negara masing-masing. Kesetiaan kepada kepimpinan terikat dengan perlembagaan negara dengan hak untuk menegur
kerajaan malah boleh ditukar kerajaan yang lebih baik dengan cara yang sah.

3. Baia'h untuk kerja Islam dalam suasana tiadanya Khalifah dan umat Islam berpecah kepada negara bangsa di mana wujudnya Jamaah-jamaah Islam samada politik mahupun kebajikan ataupun dakwah. Bezanya baiah ini ialah pelanggarannya tidak membawa kepada kekufuran, murtad mahupun mati jahiliyah. Jamaah ini tidak boleh mendakwa Imamah sehingga semua orang menerimanya sedangkan ia hanyalah satu Jamaah dari berbagai Jamaah Muslimin yang beroperasi di negaranya mahupun yang berselerak di seluruh dunia.

ابو عبد الله (الامام احمد) سئل عن حديث النبي :من مات و ليس له امام
الخ...ما معناه؟ قال تدري ما الامام؟ الامام الذي يجمع المسلمون عليه
كلهم يقول هذا امام( نقل من fatwa Islamweb.net 111159)

RUMUSAN BAIA'H

Jelaslah bahawa Baia'ah dengan Pas termasuk dalam kategori ke 3, iaitu
untuk kerja Islam dalam bidang Siyasah dan Dakwah dan pelanggarannya atas apa juga sebab tidak membawa kepada pembatalan syahadah atau mati Jahiliyah sebagaimana terpakai kepada Baia'h Syahadah atau Baia'h
Khalifah.

LAFAZ BAI'AH BERSUMPAH

Baia'ah pada asalnya ialah persetujuan taat setia dengan memenuhi hak
dari yang memberi dan yang menerima Baia'ah. Ia timbal balik antara keduanya dan bukanlah satu cek kosong. Lafaz Baia'h bagi calon Pas yang bertanding dalam pilihanraya mewajibkan bersumpah bahawa ia tidak
mengkhianati Parti. Jika berlaku pengkhianatan ancaman laknat akan
terkena pada yang mengangkat sumpah.

Mengkhususkan laknat Allah malaikah dan pelaknat memerlukan dalil khusus. Hanya Allah yang berhak melaknati seseorang atas perbuatan
tertentu dan bukan lafaz umum dalam sumpah taat setia. Yang khusus hanyalah untuk

1. Orang kafir Al Baqarah 161
2. Menyembunyikan kebenaran Al Baqarah 159
3. Penipu dalam Mubahalah Ali Imaran 61 dll (rujuk kertas Kefahaman
Erti Jamaah dari Hadis dan Isu Baiah oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman)

PERSOALANNYA

Apakah makna mengkhianati? Bagaimana kalau ahli dikhianati dengan
fitnah dan pelabelan untuk menjatuhkan mereka apakah reaksi kepada ini
semua dianggap khianat?

Apakah khianat itu lari dari perjuangan Islam ataukah hanya pandangan berbeza yang diizinkan dalam Islam?

Pengkhianatan tidak boleh dipermudahkan untuk mewajarkan ancaman sumpah yang dibuat apatah lagi sumpah laknat.

Imam Abdul Qahir Ibn Tahir Al Asfarainiy (mngal 429 H) menyebut dalam kitab Al Farqu Baina Al Firaq dalam komentarnya tentang hadis berpecahnya umat Islam Muhammad kepada 73 golongan bahawa:

فصح تاءويل الحديث المروى في افتراق الامة ...الى هذا النوع من الاختلاف،
دون الانواع التي اختلفت فيها اءئمته الفقه من فروع الاحكام في ابواب
الحلال و الحرام و ليس فيما بينهم تكفير ولا تضليل فيما اختلفو فيه من
احكام الفروع
( ms 13, darul taufiqiyah lil turath 2010)

"Maka tepatlah hadith yg diriwayatkan dalam hal berpecahnya umat...bermaksud bentuk sebegini (keluar dari Islam) dan bukan jenis yang para pemuka fuqaha berbeza pandangan dalam soal furu' hukum hakam
dalam bab halal dan haram dan tidak ada dalam perbezaan ini hak untuk
mentakfirkan atau menyesatkan mereka dalam hukum hakam furu'"

Bagaimana pula sesetengah negeri bersumpah lafaz talak 3 isteri jika 'khianati' parti dan perjuangan parti?

1. sekali lagi istilah 'khianat' terlalu umum untuk dijadikan alasan kepada terkena sumpah yang dibuat.

2. Apakah hukum lafaz menceraikan isteri talak 3 jika mengkhianati?

Lafaz cerai talak 3 dalam sumpah yang diangkat dengan sebab 'khianat'
yang kurang jelas melanggar satu rukun penting kehidupan iaitu
berumahtangga. Allah menjadikan ianya sebagai tanda kebesaran Allah dalam surah al Rum. Ruang untuk cerai juga dilakukan dengan begitu berhati-hati supaya kerukunan rumah tangga terpelihara.

Memenuhi sesuatu yang melanggar perintah Allah adalah perbuatan sia-sia walaupun dengan tujuan yang baik. Di qiyaskan dengan hukum bernazar Nabi s.a.w bersabda dari Aisyah bahawa:

من نذر ان يطع الله فليطعه ومن نذر ان يعصيه فلا يعصيه (روا ه بخاري و غيره)

Seolah ianya perbuatan sia-sia sedangkan hukum lafaz baiah itu sudah cukup dengan mengatakan janji setia dengan kitabullah dan sunnah Nabinya tanpa perlu menambah lafaz ta'liq sumpah dalam baiah itu.


PELANGGARAN SUMPAH

Dalam Al Maidah 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi
ruang untuk menebusnya jika berlaku pelanggaran. Hukumnya ialah

1. Berikan makan untuk 10 miskin dari apa yang kita makan

2. Bebaskan hamba (tiada hari ini)

3. Puasa 3 hari

Dari sudut janji yang kita buat ia tetap dianggap satu dosa kerana melanggar janji dan kerana itu Kaffarah adalah untuk denda dan
selebihnya bertaubat dan istighfar atas pelanggaran janji. Namun Nabi bersabda ;

فقد روى الإمام مسلم في صحيحه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال: " من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها
فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه"

'Barang siapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu ia melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datangilah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah'

PENUTUP

Diharapkan kertas ringkas ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam menggarap persoalan baiah yang menghantui MP dan Adun PAS kerana telah berbuat janji dengan parti yang diwakilinya.

MUJAHID YUSOF RAWA
23/07/2015

Khamis, 23 Julai 2015

ke mana Pas selepas ini

PAS MAHU KE MANA SELEPAS INI?


Mahu ke mana PAS selepas ini bila gabungan pembangkang tanpa parti itu benar benar menjadi realiti? Cadangan gabungan pembangkang tanpa Pas itu telah dibayangklan oleh Penasihat DAP. Lim Kit Siang/

Dalam kenyataannya kepada  The Malaysian Insider 22 Julai lalu beliau menyebut cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan,.

Katanya perbincangan tersebut masih dijalankan antara PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat (PR), diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

Setelah disihkan dari gabungan parti parti pembangkang, apakah  Pas akan bersendirian menghadapi BN dan Pakatan Baharu?,

Berkemungkinan  ianya boleh berlaku kerana pimpinan PAS sebelum ini telah menyatakan  parti itu tidak takut untuk bersendirian pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Pimpinan utama Pas juga telah mendakwa parti itu cukup kuat sekarang untuk bersendirian dalam pilihanraya umum nanti. Persoalannya benarkah Pas sudah cukup kuat?

Kemungkinan PAS bersendirian dikuatkan lagi dengan kenyataan Bekas Setiausaha Agong parti itu, Datok Mustafa Ali yang menyatakan Pas yang meletakkan calon bukan Islam di kawasan DAP.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula   berkata Pas Perak akan bertanding di 52 kerusi DUN. . Ini tandanya Pas sudah kuat, tidak perlu kepada kerjasama parti pembangkang lain.

Kita hendak tengok sejauhmana kekuatan Pas tanpa gabungan parti pembangkang. Kita mahu lihat apakah bukan Islam akan menyokong Pas nanti.

Di Perak Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).Perak telah memberi isyarat untuk menyokong Gerakan Harapan Baru. Di negeri negeri lain rasanya sama juga. Jadi apa  yang Pas mahu harapkan lagi dari sokongan bukan Islam?

Di negeri negeri Pantai Barat terutama Wilayah Persekutuuan. Selangor, Negeti Sembilan, Melaka dan Johor banyak kawasan kawasan yang pengundi bukan Melayu ramai. Mampu ke  Pas meraih kemenangan nanti?

Sekadar letakkan calon sahaja buat apa, ada kemungkinan calon Pas  boleh hilang wang deposit di banyak kawasan Dun dan Parlimen.

Tak tahulah jika Pas meletakkan calon dalam pilihanraya bukan untuk mencapai kemenangan tetapi untuk 'redho Allah, sahaja.

Mungkinkah  Pas mahu cari jalan selamat untuk berkerjasama dengan Umno/BN, Tetapi 'selamatkah, Pas jika menjadikan umno/ BN rakan barunya?





Pakatan Rakyat 2.0 Dinanti Oleh Rakyat

HARAPAN BARU MENGALU-ALUKAN PENUBUHAN PAKATAN RAKYAT 2.0

www.harapanbaru.net

1. HARAPAN BARU mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berhubung penubuhan permuafakatan politik baru seperti yang dilaporkan hari ini. Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat HARAPAN BARU yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.

2. Seperti yang ditegaskan HARAPAN BARU pada majlis pelancaran 13 Julai lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan. Dengan skandal kewangan yang begitu menjengkelkan dan kenaikan harga barang akibat cukai GST serta krisis nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat.

Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan.

3. Maka, bagi HARAPAN BARU, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi "Menyelamatkan Malaysia" dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno / BN.

5. Pada masa sama, HARAPAN BARU juga mahu meyeru kepada seluruh rakyat negara ini, tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama, untuk bergerak bersama kami dan muafakat baru ini bagi menyelamatkan negara ini.

Sekian.
Wassalam.

MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi Gerakan Harapan Baru
23 Julai 2015
07 Syawal 1436H

Tiga Wakil Rakyat Pas Keluar Parti

3 Wakil Rakyat PAS Dari Selangor Umum Keluar Parti


Dua ADUN PAS dan seorang Ahli parlimen dari Selangor mengesahkan akan keluar parti dan menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB) pada 14 September ini.

Ketiga-tiga mereka ialah ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan Ahli Parlimen Kota Raja, Siti Mariah Mahmud.

Keputusan Hasnul dan Saari dijangka meletakkan pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah teraju PKR berada dalam keadaan tidak menentu. Ini memandangkan tindakan mereka akan mengurangkan jumlah kerusi PAS di dalam DUN dari 15 kepada 13 kerusi. DAP pula menguasai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi.

Hasnul yang digantung keahliannya berkata, keputusan itu diambil atas alasan PAS telah berpatah balik ke belakang apabila meminggirkan dan membuang pemimpin berwibawa yang membawa parti itu maju ke hadapan dan menjadikan perbezaan pendapat sebagai satu kesalahan.

“Keluar PAS bukan satu keputusan yang mudah sebenarnya kerana saya telah lama dengan parti itu dan saya tidak bencikan PAS tetapi saya perlukan wadah lebih baik. Kalau satu, dua orang keluar bolehlah dianggap parti sebagai kecewa tetapi ini melibatkan ramai orang serta mendapat sokongan dan saya percaya ada lagi ahli PAS lain yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

“PAS kena ingat, parti itu dulunya hanya dianggap parti kampung atau Pantai Timur tetapi akhir­nya mendapat banyak sokongan melalui dasar keterbukaannya dan kerjasama dengan pakatan pembangkang tanpa meninggalkan prinsip-prinsip asal,” katanya.

Semalam, bekas Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Khalid Abdul Samad mengesahkan kesemua pemimpin PAS yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan meninggalkan parti itu secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September ini.

Parti tersebut yang tertubuh hasil inisiatif GHB yang dipengerusikan oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan menggantikan PAS bagi menjalinkan kerjasama dengan parti pembangkang lain melalui apa yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat Baru.

Saari Sungib yang turut digantung keahlian PAS memberitahu, beliau membuat keputusan menyertai parti baharu atas prinsip demokrasi.

“Saya bukan lagi pemimpin PAS kerana keahlian saya dalam Pas digantung sehingga Oktober ini. Atas prinsip demokrasi, saya menyokong GHB seterusnya parti baharu yang bakal ditubuhkan nanti,” katanya.

Siti Mariah pula menjelaskan, terpulang kepada kepimpinan parti untuk memecatnya sekiranya beliau menyertai parti baharu nanti.

“Saya tunggu parti baharu ditubuhkan terlebih dahulu kerana kini masih dalam proses. Saya tidak perlu keluar kerana dengan sendirinya akan gugur jika saya sertai parti lain,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang daripada PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang difahamkan turut akan menyertai parti baharu terbabit gagal dihubungi untuk mendapatkan pengesahan.

Panggilan telefon yang dibuat kepadanya tidak dijawab manakala mesej menerusi WhatsApp yang dihantar tidak dibalas

www.suara.tv/2015/07/22/3-wakil-rakyat-pas-dari-selangor-umum-keluar-parti/

Rabu, 22 Julai 2015

Berlapang Dada Aduhai Pimpinan Pas

Seorang demi seorang pimpinan Pas bersuara menggesa mereka yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru meninggalkan segera Pas.

Terbaru Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad  bersuara lantang mendesak  geng GHB cepat cepat keluar parti, jangan tunggu parti baru telah ditubuhkan . Tak sabar nampaknya pimpinan PAS mahu kumpulan GHB `dinyahkan' dari parti itu.

"Kesemua pemimpin Pas yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) diminta segera keluar daripada Pas jika masih berhasrat membentuk sebuah parti politik baharu pada 14 September ini" katanya dalam kenyataannya di Utusan Malaysia hari ini.
.
Menurutnya pemimpin berkenaan tidak perlu menunggu sehingga tertubuhnya parti politik baharu untuk meninggalkan Pas secara automatik ke- rana tindakan mereka pada ketika ini merupakan satu bentuk pengkhianatan.

Beliau turut mengingatkan mereka yang terlibat dengan GHB agar kempen keahlian parti baharu itu nanti dibuka kepada orang lain di luar Pas dan jangan sesekali tarik ahli Pas menyertai parti itu,.

Pimpinan Pas sudah `kepanasan', ibarat `punggung terkena bara api', lantas melompat lompat sini dan sana. Lebel `pengkhianat' sudah mesra dibibiir pimpinan Pas, ditujukan kepada mereka tersingkir dalam pemilihan jawatankuasa parti itu lalu.

Soalnya kenapa masih bermain kata kata sahaja, pecat sahajalah mereka yang digelar `pengkhianat' itu. Kenapa lepas seorang demi seorang pemimpin Pas mendesak mereka yang bersama GHB keluar parti atau akan diambil tindakan pecat.

Kuasa ada pada tangan mereka,boleh kemukakan senarai nama mereka yang hendak dipecat itu untuk diambil tindakan segera. Kalau Bekas Naib Presiden PAS, Dato' Hasan Ali diambil tindakan pecat serta merta, kenapa mereka yang berada dalam GHB tidak dipecat?

Apakah Pas takut memecat mereka yang digelar pengkhianat? Atau cuma `acah acah '  sahaja, `nak dibuang terasa sayang, nak disimpan terasa sakitnya'.. Begitu ke?

Kalau sudah digelar pengkhianat `buang' sahajalah dari Pas, kenapa masih bermain dengan kata kata.

Keanggotaan parti baharu terbuka pada semua rakyat Malaysia, kenapa pimpinan Pas takut ahlinya `lari' menyeberang parti baharu. Bukankah ahli Pas cukup mantap tarbiyahnya, kenapa perlu bimbang ahli melarikan diri dari parti.

Mereka boleh berfikir dengan matang dan dapat menilai dengan bijak, kalau mereka meninggalkan Pas untuk pergi ke parti baru, jangan salahkan GHB. Mungkin mereka sudah hilang keyakinan dengan Pas yang diterajui pimpinan baru

Pimpinan Pas sewajarnya `berlapang dada' sekiranya ramai ahlinya `menyeberang ke kapal yang baru'.


Betapa kecilnya kita dihadapan Allah. Kenapa kita perlu sombong sedangkan bumi ini milikNya


PERLU JUJUR JIKA INGIN BERBICARA TENTANG BAIAH

Bagi menjamin para wakil rakyatnya terus taat setia kepada Pas, Pas menyediakan satu akujanji taat setia kepada perjuangan parti untuk diikrarkan oleh mana mana calon yang bertanding pilihanraya . Ia bertujuan memastikan mana mana wakik rakyat yang dipilih atas tiket Pas akan terus bersama Pas selepas mereka memenangi pilihanraya.

Sudah tentu baiah untuk terus bersama sama Pas dibuat atas premis segala tindakan yang dibuat oleh Pas selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Jika tidak , sudah tentu ia termasuk dalam baiah yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Dari segi moral politik, baiah atau akujanji taat setia itu suatu yang baik bagi memastikan mana mana wakil rakyat yang dipilih tidak mengkhiananti amanah yang diberikan oleh rakyat dalam pilihanraya tersebut.

Sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya sudah tentu Pas bukan sahaja megharapkan mana mana wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat atas tiket Pas akan terus menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat melalui undi mereka kepada calon calon Pas tersebut malahan wakil rakyat Pas juga bertanggungjawab memastikan Pas juga dalam masa yang sama tidak sama sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas.

Sudah tentu , menurut hemat saya,bila kita berbicara mengenai akujanji taat setia kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu , ia merangkumi aspek tidak mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada calon calon Pas tersebut. Dengan lain perkataan ,wakil rakyat Pas bukan sahaja perlu bersama dengan perjuangan Islam tapi wakil rakyat Pas juga perlu memastikan Pas juga , dalam apa apa keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh parti tersebut, tidak dalam apa keadaan meremehkan jauh sekali mengkhianati sokongan rakyat yang diberikan kepada Pas melalui calon Pas tersebut.

Sudah tentu misalnya apabila rakyat memilih calon Pas sebagai Ahli Parlimen mereka mengharapkan Ahli Parlimen itu bukan sahaja turun ke kawasan Parlimen yang beliau tandingi tersebut dan mengambil tahu dan cuba menyelesaikan masalah rakyat malahan rakyat juga mahukan Ahli Parlimen tersebut juga turut hadir dalam mana mana persidangan Parlimen dan turut sama mengambik bahagian dalam perbahasan di Parlimen. Jika itu tidak dilakukan sudah tentu ia boleh ditafsirkan sebagai meremehkan sokongan rakyat dan dikhuatiri ia juga boleh tergolong kepada pengkhianatan sokongan rakyat kepada calon Pas tersebut.

Oleh itu jika kita berbicara tentang baiah ia harus dilihat secara holistik dan tidak seharusnya disempitkan kepada aspek tertentu sahaja.

Dalam pilihanraya umum yang lepas ada beberapa realiti politik yang perlu diambil kira jika kita serius ingin bercakap tentang isu baiah.

Saya perhatikan, dalam perbincangan mengenai isu baiah setakat ini , mereka yang lantang menuduh para Ahli Parlimen dan Adun Pas yang menyokong Harapan Baru telah melanggar baiah, nampaknya, atas alasan yang hanya mereka sahaja tahu, telah gagal sama sekali mengambil kira realiti tersebut sekaligus amat mudah dan cepat mereka menjatuhkan hukuman ke atas ahli ahli Parlimen dan adun adun tersebut.

Antara realiti politik yang wujud dalam pilihanraya umum yang lalu adalah seperti berikut.

Pertamanya Pas telah mengadakan tahaluf politik dengan Dap dan Pkr atas nama Pakatan Rakyat ( PR ) dan Pas menyertai pilihanraya tersebut atas nama Pakatan Rakyat meskipun ketiga tiga parti tersebut menggunakan lambang atau simbul masing masing.

Keduanya, kerana wujudnnya PR itu, boleh dikatakan hampir seluruh kerusi Parlimen dan Dun yang ditandingi oleh calon calon Pas tidak menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas dengan sama ada calon calon Dap atau Pkr kecuali dibeberapa tempat sahaja antaranya Dun Kota Damansara. Dalam isu Kota Damnasara wujudnya "penyeludupan" baiah melalui cara yang saya berani katakan amat tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu kepada calon Pas di Dun tersebut. Kesannya calon PR ( Pas dan Pkr ) kalah dan calon BN yang menang !!!

Ketiganya, calon calon Pas yang bertanding atas platform PR menghadapi musuh bersama iaitu Barisan Nasional ( BN ) dan apabila rakyat menyokong calon calon Pas mereka mengambil kira faktor tersebut.

Keempatnya , dengan wujudnya PR calon calon Pas mendapat manfaat yang amat besar sehingga beberapa kerusi yang ditandingi tersebut menyaksikan calon calon Pas menang ( termasuk ada yang menang dengan majoriti yang amat besar ) kerana mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Kerusi kerusi yang menang itu bukanlah kerusi tradisi Pas.

Kelimanya, sokongan rakyat ke atan calon calon Pas bukan hanya datang daripada ahli ahli Pas sahaja sebaliknya ia melangkaui ahli ahli Pas. Malahan di kawasan yang tinggi peratusan pengundi bukan Islam calon Pas berjaya menang. Sebagai contoh di Dun Putri Wangsa, Negeri Johor, YB Abdullah Hussien yang pada masa itu memegang Ketua Dewan Ulama Pas Johor berjaya menang bila peratus pengundi bukan Islam di situ sebanyak 47 peratus.

Keenamnya, hasil sokongan pelbagai kaum , bangsa dan agama atas calon Pas , Pkr dan Dap maka kita berjaya memerintah Selangor atas nama PR maka bagaimanakah sokongan rakyat yang membawa Pas turut sama dalam Kerajaan PR tiba tiba Pas tidak rasa apa apa bila tindakannya mengkhianati sokongah rakyat tersebut.

Sebagai contoh , semua orang tahu bagaimana Pas, dalam isu MB Selangor , telah memberikan kepada pihak Istana tiga nama calon MB Selangor yang kesemuanya daripada Pas tanpa perbincangan dengan Dap, Pkr malahan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sendiri. Tidakkah ini satu tindakan pengkhianatan ? Saya tidak pasti Islam yang mana membenarkan pengkhianatan seperti ini ?

Isunya adakah dalam kita berbicara mengenai isu baiah, realiti realiti politik di atas wajar diremehkan begitu sahaja dan kita menghadkan isu baiah itu kepada satu sudut perbincangan sahaja dan melupakan sama sekali aspek aspek lain yang wajar diambil kira.

Ahli Ahli Parlimen dan Adun-Adun Pas , khususnya yang kalah dalam pemilihan AJK Pusat yang lalu, adalah mereka yang istiqamah memastikan Pas terus bersama sama PR dan atas dasar itu mereka telah menerima pelbagai gelaran dan ejekan. Mereka istiqamah mahukan Pas tidak mengkhianati sokongan rakyat kepada Pas melalui PR. Mereka yakin tindakan Pas yang bertentangan dengan permuafakatan bersama PR sekaligus meranapkan PR adalah satu pengkhianatan kepada sokongan rakyat dan ia tidak selari dengan ajaran dan prinsip Islam. Harapan Baru wujud antara lain atas kesedaran hal tersebut.

Oleh itu jika kita ingin berbicara isu baiah , permintaan kecil saya, paling kurang biarlah kita jujur dalam perbicaraan itu. Janganlah berbicara baiah yang terpilih.

Wallahu 'alam.

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Selasa, 21 Julai 2015

Empat persoalan yang anda wajib tahu mengenai Gerakan Harapan Baru

Jom kita gegarkan Ipoh
Jom kita turun beramai ramai gegarkan Ipoh dalam
Anda tanya kami jawab
Program Dialog Bersama Pimpinan Harapan Baru

Tarikh.  :   26hb Julai 2015
Hari.     :    Ahad
Masa.  :    4.00 ptg
Venue. :    Symphony Suite Hotel. Jln Raja Dr Nazrin Shah. IPOH.


GHB sederhana dan inklusif, bukan macam PAS, kata DAP
OLEH LOOI

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS jelas, apabila Gerakan Harapan Baru dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang progresif dan sederhana.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS jelas, apabila Gerakan Harapan Baru dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang  Ada perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan parti Islam itu sendiri, dan DAP boleh bekerjasama dengan mereka, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, perbezaannya jelas, apabila GHB dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang progresif dan sederhana.

 "Kami boleh bekerjasama dengan mereka memandangkan objektif mereka adalah membina Malaysia yang lebih inklusif. "Mereka bukan seperti PAS, yang menyokong perdana menteri, yang membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika diminta mengulas kritikan yang GHB tidak ada bezanya dengan PAS.

 GHB ditubuhkan selepas pemimpin progresif PAS tewas dalam pemilihan parti pada awal Jun lalu. Mereka merancang menggerakkan GHB sebagai sebuah gabungan baharu parti pembangkang, bersama PKR dan DAP, bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur selepas

PAS memutuskan hubungan dengan DAP. PAS juga dilihat membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dideposit ke dalam akaun bank peribadinya bagi kegunaan semasa pilihan raya umum 2013.

Beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan yang seakan mempertahankan Najib walaupun mereka kemudiannya memperjelaskan maksud sebenar mereka. DAP dan PAS mengalami krisis sejak isu hudud yang cuba dilaksanakan melalui undang-undang jenayah syariah di Kelantan awal tahun ini. 

Krisis diburukkan lagi apabila timbul cakap-cakap mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan musuh tradisi pembangkang, Umno, bagi merealisasikan agenda hudud di Kelantan.

Dipetikan dari Malaysian Insider 21 Julai 2015

Pas Perak Tidur Tak Lena



 Oleh JOHARI JAAFAR Bekas Ketua Biro Harakah Perak

 IPOH: Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.

 Gelombang gerakan harapan baru ini telah disambut oleh rakyat di negeri ini dengan menyokong Gerakan Harapan Baru apabila satu majlis perjumpaan diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari seluruh kawasan di negeri ini.

Turut hadir dan memberikan ucapan Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak, yang juga Naib Pengerusi Gerakan Harapan Baru Negeri Perak ,Haji Mohd Zainududin Yusuf. Hadir sama memberikan ucapan seorang lagi Naib Pengerusi GHB Negeri Perak, yang juga mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul Malik.

Orang kuat' Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Encik Nelli Raja turut juga berkonsi pandangan dan akan bersama dengan gerakan tersebut. Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahim Cheng).turut serta beberapa orang peguam yang sebelum ini aktif dalam PAS di negeri ini.

Perjumpaan pada 1 Julai lalu adalah pertemuan yang kedua kali bagi Geeakan Harapan Baru peringkat negeri ini. Beberapa lagi pertemuan dan dialog dipercayai akan dilakukan sebelum kemunculan parti baru selepas Aidil Fitri ini.

 Bekas ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan penerangan kepada masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.

 Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini telahpun diwujudkan dan disusun yang melibatkan wakil -wakil dari 24 kawasan di negeri ini. Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini.

 Tokoh tokoh politik yang berpengaruh dijangka akan turut bersama wadah baru ini dan ini pastinya memberikan `pukulan hebat' kepada PAS Perak. Antaranya ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Mantan Setiausaha Pakatan Rakyat yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf, bekas Exco Agama kerajaan Pakatan Rakyat. 

Kehadiran Nelli Raja selaku Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak dengan memberikan sokongan kepada parti baru yang akan muncul nanti sudah cukup memberikan tamparan kuat kepada PAS.

 Dalam ucapannya beliau mencadangkan agar parti baru ini membuka keahlian kepada bukan Islam, dan bukannya dalam bentuk sayap dewan penyokong parti sahaja. Dewan Penyokong PAS Perak sebelum ini berperanan cukup memberangsangkan dalam memberikan kemenangan kepada calon calon PAS dalam pilihanraya umum.

Sokongan diberikan Nelli sebagai Ketua Himpunan Penyokong PAS Perak setidak tidaknya langkah PAS Perak pastinya `tempang' untuk menghadapi pilighanraya umum ke 14 akan datang.

Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menarik seramai mungkin ahli ahli PAS masyarakat umum menyertai parti baru yang akan muncul sedikit masa lagi.

 "Kita tidak bermusuh dengan PAS dan ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari raya Aidil Firti nanti," ujar beliau.

Rakyat negeri ini termasuk ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama mendokong hasrat Pakatan

Rakyat. PAS tidak seharusnya mendendangan `lagu lama' dengan menyatakan parti baru akan terkubur saperti mana parti HAMIM dan Berjasa kerana suasana politik masa kini dan mendatang tidak saperti dulu.

Saperti yang diucapkan oleh Dr Khairudin, parti baru bersama Pakatan Baru akan kembali menerajui Perak pada pilianraya umum ini, bukanlah satu angan angan kosong yang tidak berpijak dibumi nyata.

Ianya ada kebenarannya tambahan pula gelombang rakyat untuk meletakkan Umno dan BN ke`liang lahat' kian kuat PAS Perak pastinya akan mengalami `mimpi ngeri' dalam pilihanraya umum akan datang. Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang tenggelam dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.