Sabtu, 25 Julai 2015

"HENTIKAN SEGERA BAIAH"


Pimpinan Pas khususnya perlu berlapaang dan menerima pandangan yang dilontarkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengenai bai'ah yang menceraikan isteri dengan talaq tiga.

Kritikan mufti Perlis sewajarnya diterima kerana ianya dicetus oleh seorang yang berwibawa dalam agama, kerana itu pandangannya seharusnya diguna pakai.

Mufti Perlis Datuk itu dalam kenyataanya membidas baiah menceraikan isteri dengan talak 3 sekiranya bertindak melompat parti, seperti dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan, menyifatkannya perbuatan bercanggah dengan syariat Islam, saperti yang dilaparkan oleh sebuah akhbar tempatan.

"Pelaksanaan baiah itu dihentikan dengan segera berkata, perbuatan tersebut juga melihatkan bagaimana agama dijadikan alat untuk menguatkan sesuatu parti politik, walhal ia tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Ini kerana politik dalam Islam ialah untuk membawa kemakmuran kepada negara serta masyarakat, bukan untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Sebelum ini Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Akuan sumpah itu diguna pakai sejak  2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya, saperti
yang dilaporkan Sinar Harian.

Di tengah tengah kegawatan mengenai isu bai'ah  Majlis Syura Ulamak menjelaskan bai'ah seumpama itu tidak pernah diluluskan oleh badan tertinggi Pas itu.

Setiausahanya, Datuk Muhammad Nik Zawawi Salleh berkata, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura sepertimana yang digembar-
gemburkan sebelum ini.

“Memang tak ada... itu bukan keputusan Majlis Syura… tidak pernah, itu tidak betul dalam bai’ah kita tidak ada (bai’ah talak tiga) , “ Katanya saperti yang dilaporkan oleh Sinar Online.

"Islam menyuruh berpolitik untuk membawa keharmonian dan kemakmuran kepada negara serta masyarakat tetapi kini sehingga boleh meruntuhkan rumah tangga.
"Janganlah menjadikan isteri dan keluarga sebagai mangsa keadaan kerana mereka tidak terlibat dalam politik," jelas Datok Dr. Mohd
Asri lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan