Jumaat, 31 Julai 2015

AMBOI AZALINA BUKAN MAIN LAGI YE?.

Berkatalah seorang wanita dari Johor yang diangkat semula sebagai menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, , Datuk Seri Azalina Othman Said,  bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dipecat jika didapati bertindak khianat kepada parti.

Dalam satu laporan Berita Harian menyebut, menteri di jabatan perdana menteri itu turut kecewa kerana Muhyiddin terus mempertikaikan perdana menteri dalam isu 1MDB.

Pemimpin Umno Johor itu mengulas video menunjukkan Muhyiddin menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa wang sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi.

Baru dapat kerusi baru sudah minta Umno pecat Muhyiddin, garang sungguh wanita ini.

Inilah budaya dalam Umno, siapa berlainan pandangan dan mengkrotik `bos nombor 1' dikira melakukan kesalahan, mahu dipecat sahaja.

Sejak Muhyiddin disingkirkan dari Timbalan Perdana Menteri, bukan Azalina sahaja yang mencadangkan Muhyiddin dipecat, rasanya ada lagi yang mahu bertindak saperti Azalina

Tambahan pula mereka yang sudah bergelar menteri atau timbalan menteri, mengampu sahajalah mereka.

Berkata lagi Azalina, “Saya tidak faham, siang kata hendak beri sokongan padu, malam keluar video. Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma...

“Apa salahnya?,” seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.

“Dalam isu duit (RM2.6 bilion), saya tidak melihatnya sebagai isu besar... bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya.

MP Pengerang itu seterusnya menegaskan, Muhyiddin tidak kebal dari tindakan disiplin parti, termasuk pemecatan sekiranya khianat kepada Umno.

Hairan juga kita memikirkannya, macam mana Azalina boleh kata isu duit RM2.6 bilion yang dikatakan masuk dalam akuan bank peribadi Najib Razak sebagai bukan isu besar.  Kalau bukan isu besar, isu apa?

Kalau bukan isu besar tidak akan Tun Mahathir bersuara lantang. Jika bukan isu besar tidak akan Muhyiddin bersuara hingga jawatannya terpelanting.

Jika bukan isu besar , rasanya pemimpin pemimpin pembangkang tidak akan bersuara. `Hairan bin ajaib' macam mana Azalina boleh berkata isu itu bukan isu besar.

Untunglah Najib dapat menteri macam Azalina ini. Jika ada lima ke sepuluh menteri macam Azlina,  senyum lebarlah Najib. Semuamya OK sah
aja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan