Jumaat, 24 Julai 2015

BAI'AH SENJATA BARU PAS?


Isu bai'ah wakil rakyat Pas mula didendangkan oleh Pas sejak mutahir ini, tidak tahu kenapa agak pimpinan Pas  mula mencetuskan isu ini.Adakah ianya satu ugutan atau `perangkap' untuk memerangkap khususnya Adun Adun dan Ahli Parlimen Pas dari keluar parti atau menyertai parti baru.

Yang anihnya setelah `diperhambat keluar' dan dicabar tubuh parti baru kepada mereka yang bersama Gerakan Harapan Baru, Pas seakan `terkejut' bila melihat Harapan Baru mula mendapat sambutan.

Gelombang kebangkitan rakyat melalui Harapan Baru kian`menggunung', Pas seakan tersentak dari lamunan mimpi indahnya. Mencari sesuatu untuk menyekat arus deras Harapan Baru.

Mungkinkah isu bai'ah ini satu senjata baru Pas untuk mengekang pimpinan Harapan Baru untuk keluar parti dan menyertai parti  baru september ini.

Itulah mungkin sebabnya Pas tidak terburu memecat mereka yang terlibat, jika dipecat mereka dikira `bebas' daripada bai'ah tersebut. Mungkinkah itu satu tindakan 'politik kurang bijak' Pas, dakam menghadapi 'ombak yang kian deras' daripada Harapan Baru

Dalam isu bai'ah ta'laq isteri setidak tidaknya ada dua mufti di negara ini yang mengeluarkan kenyataan mengenainya, Mufti Negeri Kelantan menyatakan sah jatuh ta'laqnya, tetapi mufti Pulau Pinang menjelaskan sumpah baiah itu tidak sah..Kenyataan telah dibuat oleh dua mufti tersebut.

Berbicara mengenai isu ini Ahli Parlimen Parit Buntar dalam kenyataan kepada Malayskini semalam mempersoalkan tentang pengkhianatan sekiranya parti itu yang mengkhianati wakil rakyat yang mengangkat sumpah,

"Isunya pengkhianatan. Apa pengkhianatan itu? Jika parti itu sendiri yang mengkhianati (orang yang mengangkat sumpah), jadi bagaimana kita nak ikut peraturan parti?

"Apa berlaku jika kita mengetahui bahawa parti tidak selari dengan apa yang mereka ajar? Bagaimana jika parti melakukan perkara lain? Bagaimana anda boleh kekal setia jika parti melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, sebagai contoh?," ujarnya

Bagi beliau bahagian pengkhianatan itu terlalu luas dan ia menuntut persoalan sama ada ia terikat tanpa syarat..

Isu bai'ah tercetus baru-baru ini kerana kumpulan progresif dalam PAS bercadang untuk menubuhkan parti Islam baru. Sumpah tersebut bermaksud untuk menghalang anggota parlimen dan ADUN PAS melompat parti..

Apapun persoalanya pimpinan Harapan Baru perlu menanagi isu bai'ah ini dengan sebaik mungkin kerana dibimbang isu baiah ini dijadikan senjata baru oleh Pas untuk memerangkap mereka yang aktif dan cenderung kepada Harapan Baru untuk tidak bersama dengan parti baru nanti.

Biarlah apa juga `senjata' yang bakal diketengahkan oleh Pas tidak menembusi mereka yang bersama Harapan Baru. Biar Harapan Baru melangkah gagah menepis `senjata' dari Pas yang akhirnya Pas `tersungkur' bersama `senjata' yang 'direka cipta' mereka sendiri.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan