Selasa, 28 Julai 2015

NAJIB GAGAL YAKINKAN ANGGOTA KABINET?




Bekas Naib Presiden PAS, Datok Husam Musa menyifatkan teguran terbuka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencerminkan hilangnya  kepercayaan terhadap Perdana Menteri itu..
Ini juga menggambarkan kepada rakyat bahawa Perdana Menteri gagal meyakinkan anggota kabinetnya tidak ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB.
Menulis di dalam facebooknya Husam menyatakan ucapan Muhyiddin Yassin itu mempertikaikan penggantungan permit The Edge dan mencadangkan laporan interim 1MDB Ketua Audit didedahkan kepada umum juga satu cabaran terbuka terhadap kewibawaan Perdana Menteri..
"Malangnya, satu-satunya pertahanan PM terhadap keruntuhan integritinya adalah larangan bersuara!"tulisrnya.
Arahan terbuka PM supaya semua pihak termasuk timbalannya sendiri mesti membisu sepanjang isu 1MDB membuktikan DS Najib tidak lagi mengambilkira integriti diri dan kerajaan yang dipimpinnya.
"Demi 1MDB, DS Najib sanggup melakukan apa sahaja tanpa memperdulikan lagi nasib negara dan maruah dirinya"..
Ini bermakna, jika beliau kekal sebagai PM, lebih banyak malapetaka terhadap rukun bernegara akan berlaku.
Andainya TS Muhyidin dipecat dari kabinet, semua ahli Parlimen yang mempunyai kesedaran untuk menghentikan kerakusan kuasa dengan membelakangkan kepentingan negara hendaklah mengusahakan satu tindakan bersama mengikut amalan demokrasi sedia ada.
"Muhyidin bukan tokoh terbaik tetapi membiarkan 1MDB merosakkan lagi negara ini adalah lebih memudaratkan"..
"Saya mengulangi seruan saya supaya Ahli Parlimen supaya ada kesedaran patriotik mengambil satu inisiatif bersama"..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan