Selasa, 13 Oktober 2015

NAJIB PERLU BERUNDUR

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Ong Tee Keat, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Seri Shafei Afdal, mengejutkan banyak pihak apabila muncul bersama pada satu sidang media semalam.

Mereka semua adalah bekas pemimpin tertinggi UMNO BN, yang tampil menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan urusan pentadbiran dan ekonomi negara, khasnya isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Saya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merayu dengan sesungguhnya agar Datuk Seri Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, NGO serta rakyat seluruhnya supaya beliau meletak jawatan segera.

Kekusutan ekonomi, salah laku, tindakan kepada pegawai kerajaan khasnya peguam negara, ketua bahagian cawangan khas, siasatan terhadap SPRM, ditambah dengan pendedahan siasatan oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador, telah menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada Datuk Seri Najib.

Ia bukan berkait soal peribadi semata-mata kerana Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini sebarang tuduhan tidak dijawab, ditambah skandal bertimpa-timpa menyebabkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan Malaysia tergugat. Kejatuhan nilai matawang Malaysia pula begitu ketara sekali.

Oleh itu, dengan penuh takzim, untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyatnya, saya menyeru Datuk Seri Najib melepaskan jawatan demi kebaikan kepada keluarganya, kerajaan, rakyat terbanyak dan negara.

Akhir-akhir ini pula, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib telah menggunakan akta SOSMA yang menyamai ISA untuk memadamkan suara kritikan rakyat terhadap diri beliau.

Semasa pembentangan di parlimen tahun lalu, SOSMA dijanjikan hanya akan digunakan terhadap mereka yang bertindak secara militan sama ada menegur atau menjatuhkan kerajaan. Tetapi kebelakangan ini, SOSMA digunakan termasuk kepada peguam yang rapat dengan Tun Mahathir Mohamad. Perbuatan ini tidak lain, hanya meruntuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib.

Oleh itu, demi kebaikan semua, dan demi kedaulatan rakyat seluruhnya, kami meminta Datuk Seri Najib, secara hormatnya dapat melepaskan jawatan Perdana Menteri. Kita mengharapkan seorang pengganti yang dapat memulihkan semula keadaan ekonomi, politik, keyakinan rakyat, serta menamatkan kritikan pihak luar terhadap negara.

Salam hormat dari Frankfurt, Germany.

"Harapan Baru"

"Islam Rahmat Untuk Semua"

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden,
Parti Amanah Negara
13 Oktober 2015
29 Zulhijjah 1436H

Ahad, 4 Oktober 2015

PAKATAN HARAPAN TAK MUNGKIN BERPECAH

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.

Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.

Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut.

Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri.

"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama.

"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.

"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.
"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’.

"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.

Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.

"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan.
"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.

Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah). – 3 Oktober, 2015.

Selasa, 29 September 2015

NILAI RINGGIT MERUDUM LAGI!

Hari ini Ringgit Malaysia berada di paras 4.47 berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS). Setahun lalu, pada September 2014, Ringgit hanya pada tahap 3.2 hingga 3.5 berbanding dolar AS.

Fundamentals' kepada ekonomi negara pada waktu itu dan sekarang adalah hampir serupa dan tidak banyak berbeza. Tetapi persoalannya, mengapa Ringgit sudah memasuki tahap 'freefall' seperti hari ini?

Ini lah akibatnya apabila persepsi terhadap pemimpin negara mempengaruhi persepsi terhadap negara. Persepsi dunia terhadap Perdana Menteri Malaysia ketika ini adalah beliau seorang perasuah tegar dan terlibat dalam penggubahan wang haram (money laundering). Pelabur mana tidak berasa curiga untuk membuat pelaburan dalam ekonomi negara jika persepsi tersebut wujud dan semakin menebal?

Kejatuhan Ringgit ke tahap freefall ini juga membawa makna bahawa Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah gagal dalam membawa kemakmuran kepada negara.

Ketika Najib mengambil tampuk kepimpinan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2009, Ringgit berada di paras 3.5 berbanding dengan dolar AS. Hari ini pula sudah mencapai 4.41. Ini bermakna transformasi yang dibawa Najib seperti 1Malaysia, ETP (Economic Transformation Programme) dan GTP (Government Transformation Programme) telah gagal sama sekali.

Namun yang menerima padah daripada kegagalan Najibnomics ini adalah rakyat dan negara. Sementara Perdana Menteri dan isteri kesayangannya masih boleh ke sana dan ke sini dengan jet peribadi milik rakyat Malaysia.

7Dengan kegagalan sehingga tahap ini, sudah sampai masanya Najib berundur atau diundurkan. Najibnomics  kini sudah bertukar menjadi Najibcomics. Yang merana adalah rakyat.

Amanah. Progresif. Peduli.


SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
29 September 2015

Selasa, 22 September 2015

PAKATAN HARAPAN UNTUK RAKYAT

Krisis kepimpinan negara dan tekanan kewangan terhadap rakyat akibat kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak memerlukan penyelesaian segera. Lebih lama krisis ini berlanjutan, rakyat biasa akan terus menjadi mangsa menanggung beban ekonomi seharian dan berhadapan permainan adu domba perkauman sesetengah pihak.

Krisis yang melanda negara ini juga mendesak parti-parti pembangkang bersatu untuk lebih berkesan dalam menentang Umno/Barisan Nasional. Harapan rakyat tinggi menggunung supaya sebuah pakatan pembangkan yang bersatu dan kuat dapat memainkan peranan mengekang salah tadbir dan kepincangan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengambil kira kepentingan rakyat yang utama ini, parti-parti yang hadir bersidang di dalam Rundingan Mejabulat yang dipanggil oleh Ketua Pembangkang pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) berkuatkuasa hari ini.

Sebuah Jawatankuasa Khas dengan diwakili oleh Setiausaha Agung dan wakil dari setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain.

Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno/Barisan Nasional.

Langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14). Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredibiliti yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara dari kepincangan Umno/Barisan Nasional tertakluk kepada persetujuan perjanjian pakatan, dasar bersama dan etika permuafakatan politik.

Kami yakin kewujudan Pakatan Harapan akan memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia ke arah sebuah negara yang adil, inklusif, berdaya saing, berkebajikan dan berpaksikan keluhuran undang-undang.

YB DATO’ SERI DR WAN AZIZAH ISMAIL
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

YB SAUDARA LIM KIT SIANG
Ketua Parlimen DAP

YBhg HAJI MOHAMAD SABU
Presiden AMANAH

22 September 2015

Sabtu, 19 September 2015

JANGAN BIARKAN ISLAMFOBIA BERLARUTAN

Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.

Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi Allah SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan di jawab di hadapan Allgah SWT kelak.

Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan bila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina Babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam.

Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau MACMA, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.

Bak kata pantun Melayu:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Firman Allah SWT dalam surah Al Hujurat 49: 11 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka."

Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia

KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN BERKUBUR?

Saya telah mengirim surat memohon penjelasan mengenai beberapa isu yang saya kira penting dan perlu disegerakan berkait Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) kepada YAB MB Kelantan pada 7 September 2015.

Sehingga  hari ini (19hb September), saya tidak menerima apa-apa jawapan dari kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan.

Kedudukan KPK  sangat merosot bagi tahun tahun kebelakangan berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Satu cara untuk melihat kedudukan KPK ialah penyata untung rugi nya. Mengikut penyata kewangan yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) keuntungan KPK telah merosot dengan teruknya. Sebagai contoh, bagi tahun 2012 hingga tahun 2014 kedudukannya adalah seperti di bawah;

• 2012:

Pendapatan - RM24,673,571
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,018,126

• 2013:

Pendapatan - RM14,745,426
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,430,376

• 2014:

Pendapatan - RM12,923,615
Keuntungan Selepas Cukai - RM700,569

Dalam surat saya, saya telah memohon penjelasan mendesak iaitu kenapa KPK menyerahkan semua konsensi tebangan tahunannya seluas 2,000 ekar dengan harga yang sangat murah iaitu hanya RM 1,700 se ekar kepada syarikat lain.

Tindakan ini diikuti dengan pemberhentian  hampir kesemua pekerjanya. Syarikat menjadi seolah dormant dan tidak mempunyai apa-apa aktiviti lagi kecuali memungut bayaran atas konsensinya yang tidak seberapa.

Dalam kata lain, KPK telah berkubur!

Tetapi ada pihak lain yang akan terus mengaut kekayaan dari kawasan konsensinya setiap tahun!

Tidak kurang pentingnya adalah mengapa rancangan untuk mengutip  sejumlah RM 50 juta untuk Dana Rumah Mampu Milik Rakyat Kelantan gagal dan apa yg telah berlaku kepada kawasan hutan KPK seluas 20,000 ekar yang dikhaskan untuk tujuan itu.

Saya mengesyaki ada niat tersembunyi dari semua perkembangan ini ada kebocoran serius.

Sekalipun YAB MB tiada dalam negeri, saya yakin Pengerusi KPK sekarang dan bekas Pengerusi sebelum ini perlu mengambil tanggung jawab dan memberikan penjelasan penuh bagi pihak KPK.

Saya menuntut YB Zulkifli Mamat (bekas pengerusi dan ahli lembaga pengarah sekarang) dan YB Azami Mohd Nor ( Pengerusi kini) memberikan penjelasan terbuka yang diperlukan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) juga dituntut untuk bertindak balas terhadap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan dalam surat saya terdahulu.

Sekiranya tiada penjelasan memuaskan, saya akan mengambil tindakan lain seterusnya selepas satu tempoh dari kenyataan ini.

Sekian

Husam Musa
ADUN Salor
5 Zulhijjah 1436/19hb September 2015

Jumaat, 18 September 2015

AMANAH ALU ALUKAN SIDANG MEJA BULAT

Ketika menyampaikan Pidato Presiden pada Majlis Pelancaran Perdana Parti Amanah Negara (AMANAH) di Shah Alam, kelmarin, saya telah menegaskan betapa keperluan pakatan baharu perlu diwujudkan dengan segera.

Di Malaysia, apabila kita memilih cara demokrasi dan pilihan raya untuk memperoleh kuasa atau menambah kekuatan di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, maka tidak ada jalan lain melainkan mengadakan pakatan politik dengan parti-parti lain.

Untuk berhadapan dengan Barisan Nasional (BN), parti-parti politik yang lain tidak boleh bersendirian, kerana BN menguasai sepenuhnya jentera kerajaan, media dan sebagainya. Hanya kesatuan rakyat melalui pakatan parti-parti politik sahaja jalan terbaik untuk membuat perubahan, seperti yang pernah dicapai Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Oleh itu, jemputan daripada Ketua Pembangkang Parlimen dan juga Presiden Parti Kedilan Rakyat, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail untuk diadakan sidang meja bulat membincangkan pembentukan pakatan baharu amat dialu-alukan.

Kami daripada Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi komitmen penuh untuk hadir dan akan memberi pandangan-pandangan ke arah pembentukan pakatan baharu itu.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
18 September 2015

Isnin, 14 September 2015

GHAIRAHNYA MAHU HANCURKAN RUMAHTANGGA

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum Parti Amanah Negara

Kewujudan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga bagi calon-calon PAS dalam pilihan raya umum yang lalu adalah suatu yang misteri.

Pimpinan pusat PAS berkali-kali menafikan wujudnya baiah tersebut sejak 2009 lagi.

Terbaru tiga hari yang lalu setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS Datuk Nik Zawawi Salleh menegaskan bahawa mereka tidak pernah meluluskan baiah sumpah taklik cerai talaq tiga itu.

Ini bererti PAS Kelantan tidak mematuhi keputusan MSU sekiranya benar baiah tersebut di kenakan ke atas wakil-wakil rakyat PAS di negeri tersebut.

Ini bermakna baiah sumpah baiah taklik talaq tiga tidak diperakui oleh ulama PAS sendiri.

Dan dengan sendirinya tindakan PAS Kelantan itu adalah bukti tidak walaknya mereka kepada kepimpinan ulama.

Maka tidaklah sepatutnya isu tersebut dibangkitkan oleh pimpinan PAS Kelantan khasnya apatah lagi pimpinan Pusat PAS amnya.

Kesungguhan sesetengah pemimpin PAS yang begitu ghairah mahu meruntuhkan rumahtangga di kalangan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan yang kini bersama Parti Amanah Negara (AMANAH) menimbulkan kehairanan besar di kalangan masyarakat umum.

Seolah-olah mahu dipisahkan semua wakil-wakil rakyat ini dengan pasangan masing-masing tanpa sedikit pun ingin melihat hujah dan pandangan ahli fekah yang memberi jalan keluar kepada persoalan hukum menghiasi dada-dada media.

Tidaklah dinafikan adanya pendapat ahli fekah yang menghukumkan jatuh talaq dengan sumpah taklik oleh suami terhadap isterinya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan sifat taklik dalam baiah politik seperti yang dilakukan oleh PAS.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang bersungguh-sungguh ini seakan-akan mahu membalas dendam dan ‘gembira’ melihat rumahtangga sahabat yang dahulunya berjuang dalam PAS, runtuh dan musnah.

Seakan-akan tiada ruang untuk hujah menyelamatkan rumahtangga ini dikedepankan.

Islam diwajahkan dengan pandangan yang cukup jelek seolah-olah politik kepartian Islam ini kerjanya mencerai-berai rumahtangga orang semata-mata dengan cuba menjadikan perjuangan politik Islam sebagai alasan untuk mewajarkannya.

Institusi keluarga

Institusi keluarga merupakan entiti penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara, bahkan terhormat dan mulia kedudukannya di sisi Islam.

Melindungi keluarga termasuk dalam kategori melindungi kehormatan dan zuriat keturunan yang merupakan salah satu daripada maqasid (tujuan-tujuan) syariah yang lima perkara.

Jelas bahawa keutuhan integriti keluarga merupakan sesuatu yang dilindungi dalam syariat Islam.

Walaupun perceraian antara suami isteri dibolehkan dalam Islam tapi itu adalah perkara yang hanya wajar dilakukan dalam suasana yang amat mendesak dan tidak ada jalan keluar yang lain untuk mengatasi masalah rumahtangga.

Bahkan dalam masalah perbuatan ilaa’ atau bersumpah tidak menyetubuhi isteri dalam tempoh lebih empat bulan pun jelas kesukaan Allah terhadap pernikahan berbanding penceraian.

Allah S.W.T berfirman (Al-Baqarah, 226-227):

“...kemudian jika mereka kembali (kepada isterinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Dan pada waktu mereka berniat memilih talak, maka Allah berfirman:

“Dan jika mereka berazam (untuk) talak, maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Syeikh Muhammad Shalih Al-Utsaimin menyebut dalam Durus wa Fatawa Haramul Makki:

“Ini menunjukkan bahawa Allah tidak suka terhadap orang yang memilih jalan talak daripada kembali menyambung tali pernikahan.”

Bahkan Rasulullah SAW sendiri menganggap orang yang menjatuhkan talaq tiga sekaligus adalah mempermain-mainkan kitab Allah.

“An-Nasai meriwayatkan dari Mahmud bin Labid: Bahawa ada seorang memberitahu kepada Rasulullah bahawa ada orang yang menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus. Baginda bangkit dengan berang seraya berkata: Apakah ada yang berani mempermain-mainkan kitab Allah sedangkan aku masih hidup di kalangan kamu? Kemudian seorang bangun dan berkata di hadapan Rasulullah: Biar aku bunuh dia wahai Rasulullah?”

Walaupun akhirnya sahabat itu tidak dibenarkan meneruskan hasratnya untuk membunuh pihak yang menjatuhkan talak, peristiwa ini menunjukkan bahawa soal hubungan suami isteri dan keluarga sesuatu yang tidak wajar dihubungkaitkan dengan sebarang kepentingan politik kepartian.

Ini demi menjaga keutuhan dan nama baik keluarga itu sendiri.

Allah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 89:

“Allah tidak menghukum kamu lantaran sumpah-sumpah yang kamu lafazkan secara tidak sengaja, tetapi Dia menghukum kamu lantaran sumpah yang kamu sengajakan. Bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu atau memberi pakaian untuk mereka atau memerdekakan seorang hamba.

"Sesiapa yang tidak berupaya untuk melunaskan denda tersebut, maka dia hendaklah berpuasa selama tiga hari. Ini sebagai denda penebus sumpah kamu apabila kamu terlanjur bersumpah. Oleh itu, berhati-hatilah apabila bersumpah. Demikianlah Allah menerangkan titah perintah-Nya kepada kamu supaya kamu bersyukur.”

Umat Islam dituntut agar berhati-hati berkaitan dengan sumpah ini dan tidak bermudah-mudah mengheret institusi dan kehormatan keluarga dalam pertarungan politik kepartian.

Maksud firman-Nya: “Jagalah dan berhati-hatilah terhadap amalan sumpah di kalangan kamu.”

Dengan perkataan lain, jangan mempermudah dan memperbanyak sumpah dalam budaya hidup kamu.

Dalam sumpah laknat, rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya, sesuai dengan perutusan Islam itu sebagai Rahmat untuk seluruh alam.

Bermohon istighfarlah dengan Allah.

Sungguhpun mungkin si pelafaz sumpah telah memohon kecelakaan dan laknat terhadap dirinya, namun Allah bukan Tuhan yang suka-suka hendak menurunkan laknat kerana Dia Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Allah Maha Mengetahui bahawa sumpah itu bukanlah niat sebenar bagi calon itu melainkan hanyalah tatacara yang dipaksakan ke atasnya oleh partinya yang mahu memastikan calon itu patuh kepada parti berkenaan dan tidak melompat kepada parti lawan (Umno-BN).

Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang sama sekali tidak tunduk kepada kebencian dan kegeraman manusia pendendam yang mendoakan keburukan kepada orang yang hanya berbeza pendapat atau yang memasuki wadah politik Islam yang lain.

Apatah lagi si pelafaz sumpah berkenaan masih komited terhadap perjuangan Islam dengan wadah yang baru, bukanya melompat kepada parti lawan yang di maksudkan ketika melafazkan sumpah baiah dahulunya.

Realiti kerosakan masyarakat

Realitinya ketika ini, memang terdapat kerosakan masyarakat yang parah; rasuah dibudayakan demi memenangi tampuk kuasa dan pilihan raya.

Malah ada kerajaan yang sedia berkuasa di sesebuah negara lumrah membeli calon dan pemimpin dengan mengajukan rasuah bernilai jutaan ringgit.

Sehingga – dengan sebab itu – ada parti politik yang terlanjur melibatkan institusi keluarga untuk menjamin kesungguhan dan integriti calon mereka; agar tidak mudah dipujuk dan dibeli.

Mereka mengadakan semacam sumpah hingga mentaklikkan cerai isteri; baik satu atau tiga sekali gus dengan tindakan politik tertentu oleh penutur sumpah itu sendiri.

Amalan politik mempertaruhkan rumahtangga calon sememangnya tidak dapat diterima oleh masyarakat yang bertamadun.

Ia merupakan ciri warisan masyarakat jahiliah.

Kerana itu PAS sendiri melakukannya dalam keadaan misteri dan menyembunyikan amalan yang boleh mengaibkan imej parti.

Isnin, 7 September 2015

SENGAJA TEMPAH MAUT ?


WOW!!!,  Pas mahu meletakkan calonnya untuk bertanding kerusi yang ditandingi DAP sebelum ini pada Pilihanraya umum ke 14 nanti. Begitulah kenyataan terbaru Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Menurut Abdul Hadi pihaknya kini sedang meneliti mengenai rancangan tersebut, termasuk pemilihan calon yang difikirkan sesuai bertanding di kerusi berkenaan.

Oh, patutlah nak lawan DAP sebab PAS sudah kuat, gagah, boleh bersendirian. Silalah Pas lawan DAP.

PAS pastinaya meletakkan calon bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas bagi mewakili parti itu berhadapan dengan DAP. Ertinya pertandingan tiga penjuru, BN, Pas dan DAP.

Betul ke nak lawan DAP ni, sudah buat kajian mendalam ke. Kot hilang wang deposit nanti.

“Pas tidak akan teragak-agak untuk menempatkan calon kita, malah kini di peringkat kajian mendalam bersama Jawatankuasa Pilihanaraya Pas dan pimpinan pusat untuk meletakkan calon bukan Islam bagi mewakili Pas.

“Saya yakin ada ramai wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas yang layak serta boleh diketengahkan menjadi calon kepada Pas nanti,” kata Ustaz Hadi Awang.

Kawasan yang dimenangi oleh DAP  adalah pengundi majoritinya bukan Melayu, khususnya pengundi Cina. Mampu ke Pas meraih kemenagan di situ?. Perkembangan politik semasa pengundi Cina sudah tidak percaya dengan Pas lagi, pastinya undi pun mereka tidak berikan .

Habis itu buat apa Pas bertanding di situ?. Pas mahu pecahkan undi agar BN boleh menang di situ ke?

Secara logiknya sukar bagi Pas untuk menang walaupun meletakan calon dari bukan Melayu di situ. Pas berangan angan boleh menang, hakikatnya Pas boleh kalah, mungkin hilang wang deposit jika letakkan calonnya di kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini.

Pas hendak  berdakwah ke kepada bukan Islam masa kempen piliharaya nanti, nak berbicara soal hudud ke?. Atau sengaja untuk `berlawan' dengan DAP sebab DAP sudah jadi musuh nombor satu Pas?.

Mungkin Pas mahu mencipta sejarah baru, bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu dengan calonnya dari kalangan bukan Melayu juga.

Walaupun calonnya bukan Melayu, tetapi lambang parti bertanding tetap lambang bulan pernama, lambang PAs. Rasanya pengundi Cina tengok lambang Pas pun sudah `meloya' pastinya undi pun mereka tidak berikan.

Habis itu Pas nak dapat undi siapa. Mungkin dari undi Melayu kerana ada juga pengundi Melayu di kawasan Cina. Agak agaknya berapa  undi yang Pas dapat?

Di kawasan bercampur campur pengundi Melayu dan bukan Melayu pun Pas tewas sebelum bersama Pakatan Rakyat, ketika bersendirian dahulu. Sekarang mahu bersendirian untuk menentang DAP pulak di kawasan majoriti Cina pulak, `sengaja hendak tempah maut'.

Apa perkiraan dan perhitungan yang Pas buat sehingga berhajat besar untuk bertanding di kawasan DAP?.

Perkiraan rakyat yang logik akalnya, Pas jangan mimpi menang di kawasan bukan Melayu. Kalau bertanding juga, Pas sudah merelakan calonnya `tewas' sebelum hari pengundian.

     


Ahad, 6 September 2015

BA'AH TA'LIQ THALAQ TIGA SATU ' RAHMAT' ?

Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) sangat memandang serius terhadap isu dan amalan Bai'ah Ta'liq Thalaq Tiga (BTT3)  yang kini semakin menjadi polemik serta bualan di kalangan rakyat tanpa mengira batasan umur, kaum, agama, latar belakang pendidikan dan sosial. Ia sama seperti polemik sodomi suatu ketika dahulu, yang akhirnya membawa kesan yang tidak manis kepada sosial rakyat apatah lagi cakap-cakap berkaitan liwat telah menjadi mainan  malahan senda gurauan termasuklah di kalangan anak-anak muda di peringkat sekolah rendah dan juga menengah.

AWAN mengingatkan kepada semua pihak khususnya pemimpin-pemimpin politik agar melihat impak berlapis dan impak berganda yang akan berlaku akibat daripada tindak tanduk masing-masing. Sangat mudah isu yang berligar di kalangan partisan politik untuk lekat menguasai bi'ah (persekitaran)  kehidupan rakyat apatah lagi bila pihak media turut memainkan peranan aktif dalam merancakkan perbualan mengenainya tanpa had, penuh prejudis dan lebih malang tanpa disiplin ilmu yang benar. Ta'liq thalaq bukanlah satu tajuk daripada premis ilmu yang santai, tetapi penuh disiplin yang perlu digunapakai.

Ia bukan satu kebanggaan sama ada oleh pihak yang mengadakannya ataupun oleh pihak yang dikenakan. Apatah lagi jika isu ini mengheret umum kepada perdebatan tanpa adab, penuh dendam dan bermudah-mudah. Ia sangat mengecewakan. Bahkan langsung tidak bantu menzahirkan keindahan serta kehebatan ilmu-ilmu dan praktis Islam.

AWAN menegaskan bahawa isu BTT3 ini yang sebenarnya telah meletus pada tahun 2009 telah pun ditolak amalannya oleh ramai pihak termasuklah oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA) sendiri. Malahan dinafikan oleh Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS dan dibincangkan secara serius di dalam Jawatankuasa PAS Pusat yang turut mendengar pandangan dan sikap daripada wakil sayap Muslimatnya pada waktu itu. Jelas amalan ini ditolak dan diminta untuk dihentikan atas hujjah ketidakwajaran mengheret institusi perkahwinan ke dalam percaturan politik parti dan kesetiaan seorang suami kepada perjuangannya. Jelas juga akan pendirian bahawa Wanita yakni seorang Isteri tidak sewajarnya menjadi mangsa taruhan dan terdedah kepada apa jua bentuk penganiayaan atas apa jua alasan serta  perhitungan politik mana-mana pihak. Kesannya jelas, semua negeri tidak lagi meneruskan amalan BTT3 kecuali Kelantan. Lantas persoalannya, adakah Kelantan tidak prihatin akan hal ini dan kepimpinannya mengambil mudah akan sikap dan pendirian yang telah dizahirkan oleh MSU PAS, PAS Pusat bahkan almarhum TGNAA sendiri? Sewajarnya itu disiasat. Bahkan banyak lagi persoalan daripada situ yang boleh kita majukan, tetapi cukuplah sekadar itu buat masa ini.

AWAN juga ingin menasihati pihak-pihak yang kelihatannya sangat ghairah dalam mengesahkan runtuhnya sebuah baitul muslim dengan jatuhnya thalaq melalui BTT3 tersebut dengan mengingatkan semua bahawa berdasarkan Enakmen Keluarga Islam  yang terpakai oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara, termasuk darihal mentalakkan isteri dengan 3 talak sekaligus, hukumnya hanya jatuh 1 talak sahaja. Ia juga adalah selari dengan satu hadith Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, mafhumnya : "thalaq tiga sekaligus adalah berlaku satu thalaq".

Justeru, nasihat kami tanganilah isu ini dengan hikmah dan fathonah sesuai dengan fitrah agama ini yang senantiasa menunjukkan jalan keluar kepada setiap masalah rumit yang ada. Sekaligus untuk ini, AWAN ingin menegur Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan yang telah membuat "pre judgement" terhadap isu ini sebelum kes terbabit dirujuk ke hadapannya. Ia adalah suatu yang amat malang, apatah lagi pada ketika Kerajaan Kelantan sendiri sedang usaha mempromosikan pelaksanaan Hudud dan seterusnya keadilan undang-undang Islam.

Di satu sudut, AWAN turut memandang isu BTT3 ini juga sebagai rahmat daripada Allah buat ummat dan khususnya kepada para penggerak AMANAH NEGARA. Ini justeru kerana ia secara tidak langsung membantu kami menjelaskan akan kewajaran mewujudkan wadah baru politik Islam yang lebih telus, komited dan konsistan untuk menzahirkan Islam itu agama yang membawa rahmat dan sebaliknya bukannya agama yang memberi mudharat kepada setiap entiti yang membentuk kekuatannya.

AWAN mendesak agar Majlis Fatwa negara ini segera bersidang dan memberikan penegasan terhadap hal-hal yang berkaitan hukum hakam Islam agar henti dipolemikkan. Islam sewajarnya dilihat upaya menyelesaikan masalah ummah bukannya menjadi pencetus masalah di kalangan ummat.

Amanah. Progresif. Peduli.

DR SITI MARIAH MAHMUD
Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN)
6 September 2015

Sabtu, 5 September 2015

"TOLAK TAKLIK YANG MEMUDARATKAN"

Adalah sedia diketahui bahawa agama Islam amat menitikberatkan kerukunan hidup berkeluarga dan amat mementingkan hubungan yang irat antara pasangan suami isteri.

Justru apa jua perbuatan yang boleh membawa kepada keruntuhan sebuah keluarga dan kekeruhan hubungan di antara para anggotanya adalah sangat dibenci oleh Islam dan perlu dielakkan dengan apa jua cara yang boleh diusahakan.

Ini meliputi juga tindakan berbai'ah yang mengandung lafaz taklik dengan jatuh talak terhadap isteri semata-mata bertujuan memaksa kesetiaan seseorang kepada parti politik tertentu.
Taklik sebegini dianggap tidak islamik kerana bertentangan dengan "maslahah" yang ingin dipelihara oleh syarak termasuk maslahah keluarga. Ini berbeza dengan taklik yang diucapkan oleh suami ketika akad nikah dilangsungkan kerana ia bertujuan menghindarkan penganiayaan terhadap isteri oleh suami yang mengabaikan tanggungjawabnya, manakala taklik yang diucapkan oleh seorang angota parti politik boleh memudaratkan isteri dan anak-anak apabila pasangan terbabit "dipaksa" berpisah untuk mencegahnya darpada keluar parti atau bertukar wadah politik.

Anekmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di beberapa buah negeri di Malaysia menyebut bahawa dalam mengeluarkan fatwa hendaklad diikut pandangan muktamat di dalam Mazhab Syafi'i.

Jika pandangan ini didapati tidak boleh membawa kepada tercapainya kepentingan umum (Maslahah 'Ammah) maka hendaklah dipakai pandangan muktamad dalam mana-mana mazhab Sunni yang empat. Jika ini juga tidak membawa kepada tercapainya maslahah maka bolehlah diijtihad (dengan menggunakan kaedah-kaedah Fiqah tertentu) supaya terhasilnya maslahah.

Maka dari sini kita berpendapat bahawa Anekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri yang sedia ada memang memberi ruang kepada Mahkamah untuk membuat keputusan yang boleh mengelak daripada jatuhnya talak terhadap isteri seseorang yang telah mengungkapkan lafaz taklik yang boleh
meruntuhkan institusi keluarga serta mendedahkan anak-anak kepada masa depan yang tidak terjamin.

DATO' DR WAN SALIM WAN MOHD NOOR.
MUFTI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Jumaat, 4 September 2015

HENTIKAN POLEMIK BAI'AH TALAK TIGA

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar,  iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan  percaturan politik.

Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan   ini pula tidak diendahkan oleh  pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan  negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?

Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :

1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga  sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.

2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.

3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.

Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim

Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia

4 September 2015

RUJUK ULAMAK MUKTABAR

Saya selaku Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) meminta semua ahli, khususnya mereka yang berasal daripada PAS dan kini menyertai parti Amanah, supaya mempunyai kesabaran paling tinggi terutama dalam menghadapi isu bai'ah ini.

Dalam menghadapi isu ini, saya menasihatkan ahli supaya berpeganglah kepada pandangan mana-mana ulamak atau mazhab atau perbezaan pandangan selagi ia ada kelonggaran.

Janganlah kita berpegang kepada satu-satu pandangan sahaja. Rujuklah kepada pandangan ulamak muktabar di Malaysia dan juga dari luar negara.

Bagi saya, pandangan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ustaz Ahmad Awang, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin dan juga pandangan daripada Mufti Perlis dan Pulau Pinang harus diambil kira dalam hal bai'ah ini termasuk isu menceraikan isteri.

Sekali lagi saya menyeru kepada mereka yang terlibat dalam hal ini, agar meletakkan kesabaran paling tinggi dan bertawakal kepada Allah, dan pada masa yang sama, berpeganglah kepada pandangan yang paling ringan di antara pandangan-pandangan ulamak yang boleh diterima pakai.

Sesungguhnya, ini adalah sebahagian ujian kecil yang sedang kita lalui bersama, dan banyak lagi ujian besar yang kita akan hadapi.

Paling penting adalah, untuk kita melepasi ujian-ujian ini dan pada masa sama mencapai keredhaan Allah sebagai matlamat tertinggi kita.

HJ MOHAMAD BIN SABU
Pengerusi
Parti Amanah Negara
3 September 2015

Selasa, 1 September 2015

TAHNIAH GHB PARTI BARU DILANCAR

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambil alih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini.

Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB.

Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN)

Penasihat Umum : Ustaz Ahmad Awang

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi :
Dato' Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi
Setiausaha Organisasi : Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa :

Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungib
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin

Ahad, 30 Ogos 2015

TERIMA KASIH, TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA

TERIMA KASIH....TERIMA KASIH...TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA.KERANA BERANI BANGKIT MENYUARAKAN  TUNTUTAN.

Itulah ungkapan yang sewajarnya diberikan kepada rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman di Perhimpunan Bersih 4 bermula semalam hingga tengah malam hari ini .

Kehadiran puluhan ribu di KUala Lumpur yang terdiri daripada berbilang kaum, Melayu Cina, India, orang asal dan lain lain menggambarkan kesatuan yang utuh bagi menuntut kerajaan khususnya Perdana Menteri menyelesaikan pelbagai isu yang `memenjara` negara ini.

Isu 1MDB, kejatuhan nilai ringgit yang teruk, antara tuntutan Bersih bagi membuka `mata' pemimpin pemimpin kerajaan terutama Najib terhadap permasalahan yang menghimpit negara ini.

Perhimpunan ini juga satu isyarat jelas kepada Najib agar segera berundur dari `tahta' Perdana Menteri kerana beliau didakwa gagal mengurus negara dengan baik.

Perhimpunan kali ini juga telah menangkis dakwaan sesetengah pihak perhimpunan  bersih kali ini hanya dihadiri oleh bangsa Cina sahaja.

Saperti yang diucapkan Pengerusi Gerakan Harapsmn Baru  Mohammad Sabu, perhimpunan ini adalah satu perhimpunan rakyat Malaysia bagi menyelamatkan negara ini  daripada kehancuran  ekonomi dan politik negara.

Lantaran ini Presiden PKR,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya menggesa Datuk Seri Najib Razak jangan memekakkan telinga terhadap harapan rakyat, berkata jumlah ribuan peserta perhimpunan Bersih 4 hari ini adalah petanda jelas perasaan tidak senang orang ramai terhadap beliau.

“Saya amat teruja dengan jumlah yang ramai ini. Peserta sangat berani walaupun berdepan kemungkinan ditangkap kerana berada di sini dan memakai kemeja-t (kuning).

Kehadiran mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada malam tadi sedikit sebanyak telah menyuntik semangat peserta bersih yang ribuan, sekaligus Dr Mahathir menyokong penuh himpunan bersih kali ini.

Beliau datang ke sini untuk  “melihat” situasi di sini, kebangkitan rakyat Malaysia .

"Teruskan, teruskan," katanya sebelum meninggalkan perhimpunan Bersih 4.

Dr Siti Hasmah juga memberitahu wartawan: "Ini kuasa rakyat."

Sememangnya inilah kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka hadir di sini bukan untuk `menggulingkan' Kerajaan. Rakyat mahu sebuah negara bebas dari rasuah, pemerintahan yang adil, ekomomi yang baik, nilai ringgit yang stabil kembali.

Mereka mahu Najib mengundur diri dari memimpin negara ini kerana rakyat mendakwa Najib telah gagal menerajui negara ini dengan jayanya.

Perhimpunan Bersih 4 sejak semalam di Kuala Lumpur seperti satu "pesta demokrasi" yang menghimpunkan orang ramai daripada pelbagai latar belakang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Walaupun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajukan 4 tuntutan; pilihan raya bersih, kerajaan bersih, selamatkan ekonomi dan hak membantah, kebanyakan peserta dilihat memegang sepanduk menuntut Najib meletakkan jawatan.

Dalam pada itu Pengerusi Harapan Baru, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang antara pemimpin yang turut tidur bersama peserta Bersih di pekarangan Dataran Merdeka.

"Saya tidak kisah. Tidur dalam khemah ini sudah biasa. Tidur di tempat enam bintang boleh, tempat tiada bintang pun boleh.

"Rakyat boleh tidur di jalanan. Pemimpin juga seharusnya boleh berbuat demikian," kata Mohamad Sabu lagi.

Menurutnya, beliau akan terus bersama peserta Bersih 4.0 sehingga himpunan tersebut tamat.

Semoga himpunan yang diteruskan pada hari ini berjalan lancar dan aman.

TERIMA KASIH...TERIMA KASIH.RAKYAT MALAYSIA KERANA BERANI BANGKIT
 MENYUARAKAN TUNTUTAN
TURUN..TURUN... TURUN.. TURUN NAJIB . BERGEMA DI HIMPUINAN BERSIH

Sabtu, 29 Ogos 2015

'HARI FOBIA NAJIB/ BN"

Warna kuning`haram'.Tulisan BERSIH 4 juga`haram'. Warna biru tidak haram kot sebab warna BN.

Datuk Zahid Hamidi semalam. yang mengharamkan penggunaan warna kuning dalam sebarang bentuk, dengan disertai perkataan Bersih 4, menjelang perhimpunan tersebut di tiga bandaraya di negara ini.

Satu warta kerajaan yang ditandatangani beliau menyatakan, perintah itu dibuat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Hasil Penerbitan Tidak Diingini) (No. 22) 2015 menyenaraikan sebagai "dilarang sama sekali di seluruh Malaysia" item berikut:

"Apa-apa pakaian berwarna kuning dan yang mengandungi perkataan 'Bersih 4' dan 'Apa-apa bahan bercetak lain dan risalah yang mendorong kepada perhimpunan Bersih 4'."

`Hairan bin ajaib' kenapa sampai ke situ `alahan' Kerajaan BN,  takut kepada warna kuning dan perkataan BERSIH 4. Apa ada pada warna kuning dan perkataan BERSIH 4?

Kenapa Kerajaan BN yang diterajui Najib Razak begitu fobia dengan warna kuning dan perkataan BERSIH 4. Sekali lagi tindakan ini menjadi bahan lawak negara negara luar terhadap negara ini.

Pengharaman warna kuning dan baju kuning ini bukan kali pertama. Ketika Datuk Hishamudin Tun Hussein dahulu pun pernah mengharamlkan. Pemimpin pemimpin Umno `kuat alahannya' dengan warna kuning. .

Berkatalah `Mufti Baru Umno, Datuk Hishamusin Husein, ketika itu  BERSIH dihubungkait dengan aktiviti haram, maka memakai baju BERSIH adalah juga haram".

Adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram. Justeru tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,”

Itulah kenyataan dari  Hishamudin Tun Hussein sewaktu himpunan BERSIH 2 dahulu. Tangkapan ke atas mereka yang menyertainya, memakai baju warna kuning dan perkataan BERSIH 4 kemungkinan berlaku berdasarkan ungkapan Ketua Polis Negara`berani buat berani tanggoung'.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dalam reaksinya semalam berkata, mereka yang mahu menggunakan t-shirt kuning dengan logo Bersih itu seharusnya meneruskan niat mereka.

"Bagi mereka yang sudah menetapkan fikiran mereka, teruskan memakai t-shirt #Bersih4 itu , Kalau nak nakal sedikit, cuba tambah angka 0 selepas angka 4 di t-shirt anda," katanya.

Mereka yang "bimbang" atau menyertai perhimpunan ini untuk pertama kali, boleh memakai pakaian lain, sambil mencadangkan mereka turut mengibarkan bendera Malaysia sempena sambutan Hari Merdeka pada Isnin.

Tuntutan perhimpunan kali ini adalah bagi mendesak pembaharuan institusi kerajaan, hak untuk membantah, sebuah kerajaan dan sistem politik yang bebas rasuah dan bersih, serta langkah menyelamatkan ekonomi.

Ini merupakan perhimpunan Bersih yang keempat sejak pertama kali diadakan pada 2007, dan ia dianjurkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima tekanan berhubung skandal kewangan yang didakwa melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta sumbangan derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 New Sin Yew dalam kenyataannya semalam berkata, kesan daripada perintah itu ialah jutaan rakyat Malaysia kini berstatus penjenayah.

Katanya, ia dibuat dengan niat jahat dan harus dicabar di mahkamah.

"Jelas yang ia bertujuan mengganggu dan menghalang rakyat daripada menjalankan kebebasan bersuara mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

New, seorang peguam, berkata perintah itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

"Ada satu perkataan untuk ini, 'xanthophobia', takut dengan warna kuning. Zahid kini jadi seorang yang 'xanthophobic'," katanya.

New menggesa rakyat agar datang ke perhimpunan itu tanpa rasa takut kerana perintah yang dikeluarkan itu tidak munasabah.

Oleh kerana himpunan BERSIH 4 bermula hari dan esok, bolehlah kita namanya kedua dua hari sebagai `HARI FOBIA NAJIB/ BN' dan `HARI ALAHAN BN " terhadap warna kuning dan perkataan BERSIH 4.
.

Khamis, 27 Ogos 2015

Beranikah Zahid Hamidi?

Sejak `ditabalkan' sebagai Timbalan Perdana Menteri, bukan `main garangnya' Datuk Zahid Hamidi. Maklumlah  hendak tunjuk `power', inilah anak Perak yang pertama berada berada dalam kedudukan orang nombor dua dalam negara.

Zahid dilihat sebagai sebagai orang yang `terhutang budi' kepada bosnya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Banyak kenyataannya mempertahankan Najib terutama dalam isu `derma' yang diterima oleh Najib.

Dia sendiri telah mengerluarkan kenyataan bahawa beliau sendiri telah bertemu dengan `wakil penderma'itu. Siapa dia?. Tak dinyatakan oleh beliau. Ini yang menimbulkan ketidakpercayaan rakyat terhadap kenyataan Zahid.

Adakah beliau sendiri mahu membuat kenyataan sekadar`menyedapkan telinga'pemimpin pemimpin dan ahli Umno yang kian lantang mengkritik Najib?

Terbaru bekas Penrdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik lantangnya terhadap pentadbiran Perdana Menteri.

Kali ini kritik tajam itu `dihemburkan' kepada Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi berhubung kenyataan mengenai penderma dari Timur Tengah yang didakwa memberi RM2.6 bilion kepada Najib.

Melalui laman blognya, bekas perdana menteri itu mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan siapa penderma itu memandangkan beliau sebelum ini mengakui bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah itu

"Timbalan perdana menteri yang baharu berkata, beliau sudah berjumpa dengan orang Arab yang memberi derma tersebut.

"Jadi biar beliau buktikan orang Arab ini ada duit yang banyak untuk diberi kepada Malaysia dan banyak negara lain.

"Negara mana. Dari mana sumber duit itu. Apakah perniagaan yang dilakukannya. Apakah nama bank yang digunakannya, tulis Mahathir.

"Tunjukkan akaun dia dalam bank, cek yang dikeluarkannya, khususnya wang AS$700 juta itu. Bank penerima bank sepatutnya memegang cek tersebut," katanya dalam posting terbarunya hari ini.

Menurut beliau segala maklumat tersebut sebenarnya boleh disahkan pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara.

Namun begitu, tulisnya lagi Najib telah membubarkan pasukan petugas itu deng
an memecat peguam negara, menghantar ketua SPRM bercuti dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia kerajaan," katanya.

Zahid pada 22 Ogos mengakui bertemu secara peribadi dengan wakil penderma itu.

Bukan sahaja Tun Mahathir, pemimpin pemimpin parti politik pembangkang mahupu Umno ingin tahu siapa dia orangnya penderma itu. Zahid tidak sepatutnya `menyembungikan' perkara itu kepada rakyat.

Apakah benar Zahid telah berjumpa dengan wakil penderna itu?. Siapa dia? Siapa penderma yang terlalu bermurah hati itu?

Tun Mahathir Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pun hendak tahu. Shafei Afdal pun hendak tahu. Rakyat Malaysia pun  hendak tahu.

Beranilah Zahid menyahut cabaran Tun Mahathir itu?. Kita tunggu dan lihat nanti

Selasa, 25 Ogos 2015

HENTIKAN SEGERA 'KEBANGSATAN' BANGSA

Dalam Surah Ali i'mran, Allah menyebut mengenai umat yang terbaik. Umat yang terbaik didirikan dengan keberanian melaksanakan dakwah. Dakwah bermaksud menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Dakwah adalah komitmen yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w yang mengakhiri kebangsatan bangsa Arab terhina dibelenggu kemungkaran dan jauh dari kebaikan.

Memang benar kebangsatan dan kesialan satu ummah atau bangsa adalah disebabkan kemungkaran yang bersarang dan berleluasa serta direstui oleh segenap kalangan.

Maka tidak hairan jika Sayyidina Umar al-Khattab r.a menganjurkan tunjuk perasaan berhampiran Ka'bah bagi memperihalkan bantahan mereka terhadap penafian hak beragama yang merupakan hak asasi manusia.

Kisah ini dipetik dan dijadikan hujah oleh Prof Dr. Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Tsaurah Sya'ab (Kebangkitan Rakyat).

Maka Maka dengan ini Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam yang majoritinya Melayu menggunakan ruang hak asasi manusia seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dengan turun menyertai Perhimpunan Aman Bersih 4 pada 29-30 Ogos ini.

Kita mesti menghentikan kebangsatan umat Islam khususnya bangsa Melayu dengan keberanian menyatakan kebenaran. Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan terhadap peringatan demi peringatan berkaitan rasuah, salah guna kuasa, penindasan, politik fitnah dan pembaziran tidak diendahkan selama ini.

ABIM juga menegaskan agar mesej dakwah ini tidak dicemari dengan perkara-perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah dan melampaui batasan undang-undang sehingga melanggar prinsip demokrasi berparlimen seperti vandalisme, provokasi melampau dan sebagainya.

Hentikan segera kebangsatan ini dengan dakwah.

Amidi bin Abdul Manan,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia.
(ABIM)

Isnin, 24 Ogos 2015

"NYAMUK OH NYAMUK"

Berkatalah seorang presiden bertaraf ulamak sebuah parti Islam di negara ini, Harapan Baru adalah `nyamuk kecil' yang tidak pun mengganggu ketenteraman parti itu.

Keyataan yang dilihat sebagai memperlekehkan Harapan Baru, dalam masa yang sama rakyat di luar parti itu melihatnya sebagai Parti memiliki ciri ciri kesombongan.

Pas menyifatkan Harapan Baru umpama ‘nyamuk kecil’ yang mengganggu ketenteraman parti, namun ia bukanlah suatu masalah besar kepada parti, katanya.

Presidennya, berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.

“Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah.

Sebelum ini presiden itu turut menyifatkan `kumpulan G 16" yang tewas dalam pemilihan parti itu baru baru ini sebagai `nyamuk yang mengganggu tidur Pas.

Dalam bahasa yang lain, elokah kumpulan yang tewas dalam pemilihan parti itu keluar dari `kelambu Pas' kerana seekur `nyamuk' pun kalau ada Pas tidak boleh tidur.

Kalau sudah Harapan Baru itu nyamuk kecil, tidak payahlah Pas merasa cemas bila ada yang keluar parti untuk bersama Harapan Baru.

Kenapa kumpulan itu dicemuh, disifatkan sebagai pengkhianat?

Tidak perlulah Pas mengekalkan keegoannya dengan melihat kumpulan lain sebagai tidak ada kekuatan sama saperti nyamuk.

Perlu dingat nyamuk adalah makhluk Allah yang kecil, orang tidak menganggapnya bahaya kepada kehidupan. Tetapi nyamuk juga ada kekuatan tersendiri yang mampu orangnya digigitnya terkena penakit dan boleh membawa maut.

Seorang raja yang zalim, Namrud, Allah hantar seekur nyamuk sahaja, akhirnya raja yang zalim itu mati.

Biarlah Harapan baru jadi nyamuk kecil tetapi mampu`menggigit' Umno/BN dan gigitan itu mampu `mematikan 'Umno BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

PKR dan DAP bersama `nyamuk kecil' dalam satu pakatan rakyat baru akan `menggigit' Umno/BN `semahu mahunya', akhirnya Umno/BN terkulai layu.

Bagi orang yang belajar ilmu kesihatan, ada lima penyakit bahaya yang disebabkan gigitan nyamuk, antaranya penyakit demam malaria dan demam denggi, mangsa gigitan boleh maut kalau lewat mendapat rawatan.

Tahun 2010 655,000 dijangkiti malaria kebanyakannya di Benua Afrika, ramai yang mati. Di negara ini pada 2010 sebanyak 45,037 kes demam denggi dilaporkan, 133 maut.

Kalau pun Harapan Baru disifatkan nyamuk kecil, rakyat pastinya berharap `gigitan' Harapan Baru boleh menyebabkan Umno/BN terkena `deman malaria' dan `deman denggi' akhirnya Umno/BN tersungkur dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

Pakatan baru bersama parti yang disifatan sebagai `nyamuk' akan mengakibatkan Umno/BN `demam berpanjangan' akhirnya menemui ajalnya.

Ada sejenis penyakit lagi disebabkan gigitan nyamuk juga seseorang itu boleh terkena penyakit kaki gajah (filariasis). Kesan gigitan nyamuk ini kaki mangsa akan membengkak menjadi besar, kerana itu penyakit ini digelar sakit kaki gajah.

Suatu ketika dahulu masyarakat di sekitar Kampung Gajah di Perak terkena penyakit kaki gajah ini. Hendak berjalan pun sukar kerana kaki sudah menjadi membesar.

Jika Umno/BN tidak tersungkur pun kesan gigitan `nyamuk', setidak tidaknya BN terkena penyakit kaki gajah yang menyukarkan pergerakannya.

Jangan kita fikirkan gajah yang besar itu kuat, tetapi ia boleh kalah juga. Terkena patuk ular tedung, gajah akhirnya mati kerana bisa ular tedung  mampu membunuhkan seekur gajah.

Begitu juga dengan nyamuk yang kecil, ianya mampu berkuasa dengan izin Allah Raja Namrud lambang kerajaan yang zalim  boleh mati terkulai.

Nyamuk oh nyamuk , gigitan mu berkuasa melumpuh dan `mematikan'  mangsanya. Umno/BN pasti menjadi mangsa `gigitan' Harapan Baru bersama pakatan rakyat baru pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Tunggulah Umno/BN `nyamuk' akan datang `menggigit' mu nanti.

Ahad, 23 Ogos 2015

PENGAMPU TAHAP `GILA GILA'

Di era manusia semakin cerdik dengan maklumat diperolehi dengan pantas hanya di hujung jari, ada pula pemimpin pemimpin yang memilki pemikiran tahap rendah dengan memperbodohkan orang lain.

Anihkan  begitu. Tetapi ianya tidak anih berlaku di negara yang  tersayang ini. Di saat isu wang `derma' dimasukkan ke dalam akuan peribadi Perdana Menteri,Najib Razak, pelbagai hujah dan alasan yang diutarakan bagi `menghalalkan ' derma itu.

Berbicaralah pemimpin pemimpin Umno `pengampu tahap gila gila' untuk mempertahankan `bos nombor wahid' dalam Umno berhujah dengan pemikiran yang tidak cerdik sambil memperbodohkan rakyat.

Terbaru berkatalah Ketua Umno Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, penderma dari Timur Tengah memberi sumbangan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak supaya Umno boleh melawan DAP, yang dibiayai Yahudi, semasa Pilihan Raya Umum 2013,

Katanya,penderma itu khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan "Kerajaan Islam" yang diketuai Barisan Nasional ( BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini. Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," kata Aziz yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan.

"Jika ia mencapai kepada kerajaan Islam ini, ia akan digulingkan, dan itu akan memusnahkan perjuangan Islam di seluruh dunia.

"Kerana Najib dilihat sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini," kata Aziz kepada perwakilan pada mesyuarat bahagian beliau di Parit Raja, Johor.

Sedar atau tidak apa yang diucapkan pimpinan Umno sebegini ini, atau masih `pening pening lalat' baru bangun dari tidur.

Kalau hendak jadi `pengampu tahap gila gila' pun biarkan hujahnya boleh diterima oleh rakyat. Apa yang mereka perkatakan itu sebenarnya menunjukkan tahap `kebodohan tahap tinggi' dalam usaha menyelamat dan mempertahankan Najib Razak dari skandal RM2.6 bilion.

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew dalam kenyataannya mempersoalkan kenyataan tersebut yang disifatkan sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat di negara ini.

Katanya, Abdul Aziz membuat cerita kononnya penderma tersebut khuatir pengaruh Yahudi akan meresap di Malaysia melalui DAP dan memusnahkan “Kerajaan Islam” yang diketuai Barisan Nasional.

Sedangkan, beliau berkata, minggu lalu Ketua Bahagian UMNO Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat, pula mendakwa sumbangan RM2.6 bilion kepada Najib adalah dari Arab Saudi kerana menghargai peranan Perdana Menteri melawan kumpulan militan ISIS atau ISIS atau IS (Islamic State).

Kata Anthony lagi, DAP tidak kisah sekiranya pemimpin UMNO mahu menunjukkan kebodohan mereka tetapi janganlah sampai memperbodohkan rakyat Malaysia dan menganggap rakyat tidak ada akal untuk berfikir.

“Lebih-lebih lagi, pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya tidak malu menyalahgunakan nama agama Islam dan kononnya untuk mempertahankan Islam untuk “menghalalkan” wang RM2.6 billion dalam akaun Najib.

“Kalaulah betul DAP menerima sumbangan daripada Yahudi ataupun mana-mana sumber asing, sudah tentu seluruh jentera propaganda UMNO dan kerajaan membongkarkan “agenda jahat” ini dalam kempen PRU13 yang lalu dan “memusnahkan” DAP pada ketika itu juga, dan bukannya membuat “pendedahan besar” ini hanya 27 bulan selepas pilihanraya ke 13.

Saperti yang dinyatakan Anthony DAP  mengulangi penjelasannya bahawa DAP tidak pernah mendapat sumbangan kewangan daripada mana-mana sumber asing untuk bertanding pilihanraya.

Kenyataan pimpinan Umno saperti itu sebenar mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat dari isu RM2.6 bilion akan terus menghantui Najib dan UMNO, “kini dan selama-lamanya”.

Demi mengekalkan kuasa Umno lagi, pemimpin pemimpin Umno terutama bila bertemu penduduk Melayu berhujah jika BN kalah, DAP akan berkuasa. Itulah hujah Umno dulu, kini dan selama lamanya.

Gunalah akal yang sihat aduhai pemimpin Umno dan rakyat Melayu pro Umno , secara keseluruhan DAP hanya bertanding 51 daripada 222 kerusi.

Andainya DAP menang kesemua 51 kerusi pun, tidak mungkin DAP boleh membentuk kerajaan secara bersendirian kerana tidak cukup majoriti mudah.

Kenapa mesti memperbodoh bodohkan rakyat khasnya orang orang Melaya?.Pemimpin pemimpin Umno masih berfikiran orang Melayu ini adalah golongan yang `samitna waatakna' ( kami dengar dan kami taat).

Kalau pemimpin pemimpin Umno masih mahu `parti asobiyah nombor 1 di dunia' itu berkuasa pun , apakah rakyat mahu diperbodohkan?

Rakyat sekarang sudah cerdik, mereka tidak mahu diperbodohkan lagi oleh Umno> Ahli ahli Umno pun  ada yang sudah cerdik, sudah pandai `menyangguh' Najib Tun  Razak.

Yang kurang cerdik ini hanyalah golongan yang di sekelilingi pemimpin nombor satu mereka, menjadi `pengampu tahap tinggi' dan `pengampu tahap gila gila'dengan memperbodoh bodohkan rakyat.

Jumaat, 21 Ogos 2015

KENAPA `DOUBLE STANDARD' ?


Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria diminta tidak mengeluarkan kenyataan ‘double standard’ berhubung isu tindakan menggulingkan kerajaan.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan Harussani itu jelas menunjukkan kenyataan bersifat peribadi yang menyebelahi kerajaan semata-mata.

Tidak pasti sama ada kenyataan itu adalah fatwa atau pandangan peribadi Harussani, Dr Muhajid berkata, dalam Islam jelas menunjukkan, jika seseorang pemimpin itu tidak membela dan menindas rakyat, maka dia perlu ditegur atau digantikan.

“Saya tidak nampak di mana dalam Islam yang menyatakan menggantikan seseorang pemimpin yang jelas menindas rakyat itu adalah haram.

"Pada saya, beliau bersifat ‘double standard’. Mengapa satu ketika dahulu BN merampas Perak, beliau diam sahaja? Tidak pula keluar fatwa atau kenyataan sebegini?” katanya kepada media, hari ini.

Menurutnya, Harussani perlu membuat kajian berhubung nas dalam al-Quran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Tindakan kita ini bersifat demokrasi bagi mengembalikan integriti dalam kepimpinan negara. Dalam Islam pun menyatakan, siapa sahaja buat perkara yang tidak betul, perlu ditegur atau jika perlu, ditangkap.

“Saya harap selepas ini, beliau buat kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan.  Kenyataannya itu dilihat lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Harussani dalam kenyataannya menyebut, tindakan mengguling kerajaan adalah haram kerana tindakan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam. (dipetik dari Sinar Harian)

Khamis, 20 Ogos 2015

"BERGEMBIRALAH PAS"


Menjelang 31 Ogos ini apabila parti Islam baru diisytiharkan, `lagu selamat tinggal Pas' mula berkemundang dan ianya pasti bertambah rancak bila parti baru itu secara sahnya berdaftar.

Sebelum ini pun sudah ada yang mengucapkan `sayonara' kepada PAS sama ada meletakkan jawatan dalam parti mahupun terus keluar dari Pas.

Suasana sebegini terus  berlaku dan dijangka lebih ramai lagi mereka yang mempunyai jawatan dalam Pas akan meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu.

Semalam Pas telah `dikejutkan' kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor mengumumkan meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Ketua kawasan tersebut Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.

Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.

Hari ini giliran kepimpinan PAS Shah Alam pula meletakkan jawatan mereka masing-masing. Dalam kenyataan bersama, mereka tindakan demikian dibuat demi bersama-sama dalam perjuangan Islam melalui wadah yang lebih mereka yakini.

Peletakkan jawatan itu melibatkan seluruh kepimpinan termasuk jawatankuasa Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan itu dibuat dalam mesyuarat kawasan itu malam tadi, kata mereka.

"Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

"Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS kawasan, dewan-dewan, ketua dan setiausaha PAS cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS kawasan Shah Alam," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan bekas yang dipertua Azli Yusof bersama timbalannya Zulkifli Mohd Nani serta naib Mohamad Jamil Abd Rahim.

Mereka berkata penyerahan tugas itu dilakukan kepada setiausaha PAS kawasan itu dalam suasana "penuh persefahaman dan kasih-sayang".

Terdahulu daripada ini, separuh daripada ahli jawatankuasa Pemuda PAS Shah Alam meletakkan jawatan kerana kurangnya kerjasama dan perbezaan dalam pelaksanaan wadah dengan PAS pusat dan negeri.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Khairuddin Aman Razali ketika mengulas perkembangan tersebut seakan menyalahkan pihak tertentu memecahkan perpaduan PAS dengan menghasut ahli supaya keluar parti beramai-ramai.

Secara logiknya ahli ahli Pas telah ditarbiyah untuk memiliki jatidiri mereka, adalah mustahil mereka boleh terpedaya dengan ajakan GHB. Mereka menyertai GHB bukan kerana terpengaruh tetapi bertindak dengan fikiran yang matang.

Pimpinan Pas  perlu melakukan muhasabah kenapa ramai ahlinya menyeberang ke GHB, bukannya melontarkan fitnah yang tidak berasas.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan terbarunya mengalu alukan mereka yang keluar parti untuk bersama Gerakan Harapan Baru dan menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.

Sambil melahirkan ketidakbimbangannya dengan perkembangan itu, Haji Hadi menganggapnya sesuatu yang baik untuk parti.

" Tindakan keluar parti adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir... bah, pasir pun berubah".

"Kita tak risau, tak risau... gembira, gembira... keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses.

Menjelang 31 Ogos  ini dijangkan akan ramai lagi yang meletakkan jawatan dan keluar dari Pas, mereka akan menyertai wadah baru, parti Islam baharu.

Jadi perlu apa Pas bersedih. Perlu apa Pas melenting kerana Pas sudah `dibersihkan'

"Bergembiralah Pas".

Rabu, 19 Ogos 2015

PAS DAN UMNO SENADA ?


Umno dan Pas kelihatan senada meramalkan masa depan parti Islam baharu yang akan diisytiharkan pada 31 Ogos nanti. Dalam Pas ada ahli nujum dan dalam Umno juga ada ahli nujum yang membuat ramalan bahawa parti Islam baharu ini akan berkubur.

Tak tahulah adakah `ahli nujum' dari Pas ini sepeguruan dengan `ahli nujum' Umno. Yang jelasnya kedua duanya menggunakan hujah yang sama.

Pimpinan PAS sedari awal membuat ramalan GHB atau parti Islam baharu nanti akan menerima nasib saperti parti HAMIM dan BERJASA. Pimpinan Umno pula meramalkan GHB akan berkubur sebagaimana parti serpihan Umno, iaitu parti Semangat 46.

Terbaru `ahli nujum' dari Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan menjangkakan GHB akan terkubur seperti parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dengan nada angkuh menyatakan pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.

"Kita tidak akan terjejas dengan apa pun tindakan parti pembangkang. Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud.

Beliau berkeyakinan GHB tidak akan mampu menarik ahli PAS dan Umno untuk menyertai perjuangan mereka kerana ahli kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya sasaran keahlian GHB adalah daripada PKR.

"Jadi PAS tidak akan terjejas, Umno juga tidak akan terjejas. Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini,” katanya.

`Ahli nujum' dari Pas dan Umno ini seiya sekata dalam menilai kemunculan parti Islam terbaru, malah memdabit dada parti Islam baharu ini tidak menjejaskan kedua dua parti. Benarkah begitu?

Parti Islam baharu membuka keahliannya kepada semua orang, bukannya nak `rampas' ahli Umno atau Pas. Tiada paksaan kepada mereka. Sesiapa boleh sertai GHB secara sukarela. Apa yang Umno dan Pas takut sangat?

Parti Islam baharu ini lebih keterbukaan, mungkin ianya menjadi tarikan kepada orang ramai khususnya golongan untuk untuk menyertai parti baru ini.

Mungkin mereka sudah bosan atau meluat dengan Umno dan Pas kerana keduanya `parti bermasalah'. Pilihan golongan muda adalah GHB, lebih keterbukaan, amanah dan peduli rakyat.

Seandainya ramai ahli Pas dan Umno tertarik kepada GHB, tak perlulah marah sangat kepada GHB dengan membuat pelbagai tohmahan. Buatlah muhasabah kenapa GHB mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

Yang pasti parti Islam baharu bersama parti PKR dan DAP dalam satu pakatan baharu bagi menumbangkan Umno/Bn pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Kalau Umno/BN dah kuat, tak payahlah risau dengan gelombang rakyat yang dibawa oleh pakatan politik baru nanti.

Pimpinan Pas dari awal lagi sudah mencanangkan parti itu cukup kuat bila bersendirian. Baguslah gitu. Tak perlulah gelisah sangat dengan GHB.

Yang peliknya pimpinan Pas di setiap peringkat semacam ketakutan yang teramat sangat dengan kewujudan parti Islam baharu. Relaxle bro.

Yang pasti Umno/BN tak lena tidur tidur menghadapi kebangkitan pakatan politik baharu nanti. Tidur pimpinan Umno/BN sering terganggu dek mimpi ngeri. Mungkinkah mimpi ngeri buat Umno/BN akan menjadi realiti pada pilihanraya umum ke 14 nanti. Kita tunggu dan lihat.

Yang pasti rakyat tidak sabar sabar lagi untuk `menghukum. Kerajaan Umno/BN yang terus mencengkam kehidupan mereka dengan pelbagai tekanan termasuk GST.

Apakah nanti Pas mencari kekuatan baru untuk bersama rakan mereka Umno? Atau mahu sahaja bersendirian?

Musuh GHB bukan Pas, tetapi Umno/BN. Apakah Pas sedia menghulurkan tangan dan melakukan perbincangan dengan GHB bagi menghadapi musuh yang satu?

Isnin, 17 Ogos 2015

HADIR MU DINANTI

Hadiri mu ku nanti. Bukan aku sorang sahaja yang menanti, malah rakyat negara ini pasti menunggu kehadiran mu dipersada politik tanahair.

31 Ogos ini bakal lahir parti Islam baru. Parti Amanah Rakyat atau `AMANAH' dijangkakan menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu.

Walaupun hingga kini pimpinan Gerakan Harapn Baru belum mengumumkan nama parti baru itu, namun`angin sedang bertiup kencang', parti Islam baru itu akan dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat atau `AMANAH'

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Berita tentang kehadiran parti Islam baru ini sedang rancak dikatakan di alam maya. Memetik dari laporan Malaysian Insider menyebut Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70 peratus pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti Islam baharu ini pastinya akan bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

Kemunculan parti baharu yang dijangka 31 Ogos ini adalah disaat rakyat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun amat bermakna sekali.

Negara bebas dari belenggu penjajah selama 58 tahun, parti Islam baharu ini dengan kerjasama PKR dan DAP diharapkan akan dapat membebaskan belenngu kezaliman Umno/BN yang menghimpit rakyat ke suatu era baru negara yang bebas dari ketidakadilan dan kezaliman kerajaan Umno/BN.

Rakyat mahukan negara diterajui oleh pemimpin pemimpin yang beramanah, `peduli rakyat', pasti turut menanti kehadiran parti baru yang menyentuh hati nurani.

Kehadiran `AMANAH' pada 31 Ogos ini tepat waktunya dengan kehendak dan citarasa rakyat Malaysia yang mahukan perubahan besar dalam politik serta pemerintahan negara.

Selamat datang `AMANAH' , hadir mu dinanti
 

Sabtu, 15 Ogos 2015

PAS ANGKUH?


Dalam kenyataan terbaru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengalu alukan mereka yang keluar parti untuk bersama Gerakan Harapan Baru dan menyifatkan tindakan beberapa kumpulan kecil ahli parti di seluruh negara yang mengumumkan keluar daripada PAS adalah sebagai satu proses pembersihan parti.

Sambil melahirkan ketidakbimbangannya dengan perkembangan itu, Haji Hadi menganggapnya sesuatu yang baik untuk parti.

" Tindakan keluar parti adalah pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri, bila berlaku banjir... bah, pasir pun berubah".

"Kita tak risau, tak risau... gembira, gembira... keahlian kita kini meningkat, dalam masa sebulan yang lalu, kita menerima 4,000 ahli baru yang didaftarkan dan masih ada 2,000 hingga 3,000 yang memohon keahlian tapi belum diproses," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Kuala Terengganu. .

Sebelum ini pun Haji Hadi telah `menghalau' mereka yang tak sealiran dengan pimpinan parti itu dengan nada sinis melebelkan sebagai `nyamuk' yang mengganggu Pas.

Terdahulu daripada ini  Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, meminta para pemimpin GHB tidak perlu menunggu sehingga tertubuhnya parti politik baharu untuk meninggalkan Pas secara automatik kerana tindakan mereka pada ketika ini merupakan satu bentuk pengkhianatan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan terbarunya dengan lantang mengkritik beberapa pemimpin parti yang sudah tawar hati dan tidak yakin dengan pucuk pimpinan untuk meninggalkan parti berkenaan.

Tindakan keluar parti merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang sedang melanda PAS ketika ini.

 "Ramai bertanya saya, bagaimana isu dalaman PAS akan cepat berakhir. Saya jawab apabila 'penyakit' itu (pemimpin PAS) keluar dengan sendiri tanpa perlu 'dibedah buang'," katanya dalam laman Facebooknya.

Kenyataan beberapa pimpinan Pas seolah olah golongan yang ini dilihat sebagai `angkuh' dan memperlekehkan mereka yang `tidak sebulu' dengan mereka.

Golongan yang dahulunya dilebelkan sebagai `jibon', `barua DAP' `pengkhianat', adalah kumpulan yang membawa penyakit besar, perlu `dihalau' segera dari parti.

Kenyataan terbaru Haji Hadi dan Nik Abduh sewajarnya disambut oleh mereka yang ingin bersama Harapan Baru agar bertindak beramai ramai keluar parti dan meneruskan agenda perjuangan bersama Harapan Baru.

Kita nak tengok apa reaksi pimpinan Pas apabila ramai bertindak keluar parti. Pimpinan Pas pasti gembira yang teramat sangat lagi ramai ahli Pas bertindak keluar kerana parti telah `bersih dari anasir' yang tidak disenangi .

Mungkin Pas akan buat `kenduri kesyukuran' bila ramai ahlinya keluar parti dan bersama Harapan Baru.

Secara logiknya pula bila `penyakit' sudah tidak ada, seseorang akan buat kenduri kesyukuran kerana `penyakit' dah hilang, badan sudah sihat dan kuat.

Selepas ini bolehlah Pas buat kenduri kesyukuran besar besaran  kerana `pengkhianat' sudah tiada lagi. Yang tinggal semua yang `baik baik', `samitna watakna'.

Pas sudah kuat, ahli beribu ribu masuk, Pas tidak gentar bersendirian dalam pilihanraya,  boleh tanding semua kerusi. Syabas Pas.

Lagipun `ahli nujum negara` sudah ramalkan Gerakan Harapan Baru cuma boleh bertahan dua tahun sahaja. Itulah sebabnya Pas tidak sedikit pun bimbang dengan Harapan Baru.

Selepas dua tahun nanti kita nak tengok betul ke ramalan `ahli nujum negara ' ini?

Khamis, 13 Ogos 2015

SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA MENJADI `NEGARA BAJINGAN' ?


Kabinet diminta menganjurkan sidang kemuncak kebangsaan “Selamatkan Malaysia” yang melibatkan semua parti politik dan NGO, sebelum Hari Kebangsaan pada bulan ini.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dalam surat terbukanya kepada Kabinet hari ini, berharap sidang khas itu dapat menghasilkan konsensus untuk menjadi rangka tindakan (blueprint) menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara bajingan dan negara gagal.

Katanya, negara bajingan bererti pemerintahan yang melanggar demokrasi, kedaulatan undang-undang, kebebasan bersuara dan persamaan hak.

Negara gagal pula bermakna negara yang mana rasuah menjadi-jadi, wujud ketidakadilan sosioekonomi, pentadbiran baik sudah merudum, dan perkauman semakin patah serta tolak-ansur beragama semakin terhakis, tambah beliau.

“Semua parti politik dan NGO perlu dijemput untuk menghantar wakil bagi menubuhkan jawatankuasa sementara (protem) bagi menentukan agenda sidang kemuncak Selamatkan Malaysia.

“Ia patut menjemput personaliti seperti bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin; dan veteran politik serta NGO seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Ambiga Sreenivasan dan Tan Sri Simon Sipaun untuk menyampaikan ucaptama tentang bagaimana mahu menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, masalah ekonomi bukan satu-satunya punca krisis keyakinan kerana ia juga melibatkan politik dan pentadbiran baik, terutamanya dua skandal – 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihanraya umum ke-13.

Menurutnya, rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu turut mengeruhkan keadaan – selain pemecatan Muhyiddin dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail – kerana ia gagal mencari jalan keluar masalah negara tetapi hanya mahu mempertahankan kedudukan dan kuasa Najib. – Roketkini.com