Sehubungan itu HB mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau negara kini berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8 peratus daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.
Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri, jelasnya..
"Najib mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku", tegas beliau..
Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan negara ini daripada terus menuju kehancuran., tambah beliau lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan