Selasa, 21 Julai 2015

GHB sederhana dan inklusif, bukan macam PAS, kata DAP
OLEH LOOI

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS jelas, apabila Gerakan Harapan Baru dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang progresif dan sederhana.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS jelas, apabila Gerakan Harapan Baru dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang  Ada perbezaan besar antara kumpulan serpihan PAS iaitu Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan parti Islam itu sendiri, dan DAP boleh bekerjasama dengan mereka, kata Lim Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, perbezaannya jelas, apabila GHB dipimpin oleh sekumpulan orang Islam yang progresif dan sederhana.

 "Kami boleh bekerjasama dengan mereka memandangkan objektif mereka adalah membina Malaysia yang lebih inklusif. "Mereka bukan seperti PAS, yang menyokong perdana menteri, yang membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika diminta mengulas kritikan yang GHB tidak ada bezanya dengan PAS.

 GHB ditubuhkan selepas pemimpin progresif PAS tewas dalam pemilihan parti pada awal Jun lalu. Mereka merancang menggerakkan GHB sebagai sebuah gabungan baharu parti pembangkang, bersama PKR dan DAP, bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang berkubur selepas

PAS memutuskan hubungan dengan DAP. PAS juga dilihat membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) yang dideposit ke dalam akaun bank peribadinya bagi kegunaan semasa pilihan raya umum 2013.

Beberapa pemimpin PAS membuat kenyataan yang seakan mempertahankan Najib walaupun mereka kemudiannya memperjelaskan maksud sebenar mereka. DAP dan PAS mengalami krisis sejak isu hudud yang cuba dilaksanakan melalui undang-undang jenayah syariah di Kelantan awal tahun ini. 

Krisis diburukkan lagi apabila timbul cakap-cakap mengatakan PAS sanggup bekerjasama dengan musuh tradisi pembangkang, Umno, bagi merealisasikan agenda hudud di Kelantan.

Dipetikan dari Malaysian Insider 21 Julai 2015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan