Khamis, 23 Julai 2015

ke mana Pas selepas ini

PAS MAHU KE MANA SELEPAS INI?


Mahu ke mana PAS selepas ini bila gabungan pembangkang tanpa parti itu benar benar menjadi realiti? Cadangan gabungan pembangkang tanpa Pas itu telah dibayangklan oleh Penasihat DAP. Lim Kit Siang/

Dalam kenyataannya kepada  The Malaysian Insider 22 Julai lalu beliau menyebut cadangan penubuhan pakatan pembangkang baharu tanpa PAS masih dalam perbincangan,.

Katanya perbincangan tersebut masih dijalankan antara PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) bagi mewujudkan sebuah pakatan pembangkang yang baharu setelah PAS menamatkan hubungannya dengan DAP.

"Terdapat perbincangan yang sedang berjalan. Dengan berakhirnya Pakatan Rakyat (PR), diperlukan kenderaan baharu di mana harapan dan aspirasi rakyat dalam pilihan raya umum boleh diteruskan.

Setelah disihkan dari gabungan parti parti pembangkang, apakah  Pas akan bersendirian menghadapi BN dan Pakatan Baharu?,

Berkemungkinan  ianya boleh berlaku kerana pimpinan PAS sebelum ini telah menyatakan  parti itu tidak takut untuk bersendirian pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Pimpinan utama Pas juga telah mendakwa parti itu cukup kuat sekarang untuk bersendirian dalam pilihanraya umum nanti. Persoalannya benarkah Pas sudah cukup kuat?

Kemungkinan PAS bersendirian dikuatkan lagi dengan kenyataan Bekas Setiausaha Agong parti itu, Datok Mustafa Ali yang menyatakan Pas yang meletakkan calon bukan Islam di kawasan DAP.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula   berkata Pas Perak akan bertanding di 52 kerusi DUN. . Ini tandanya Pas sudah kuat, tidak perlu kepada kerjasama parti pembangkang lain.

Kita hendak tengok sejauhmana kekuatan Pas tanpa gabungan parti pembangkang. Kita mahu lihat apakah bukan Islam akan menyokong Pas nanti.

Di Perak Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).Perak telah memberi isyarat untuk menyokong Gerakan Harapan Baru. Di negeri negeri lain rasanya sama juga. Jadi apa  yang Pas mahu harapkan lagi dari sokongan bukan Islam?

Di negeri negeri Pantai Barat terutama Wilayah Persekutuuan. Selangor, Negeti Sembilan, Melaka dan Johor banyak kawasan kawasan yang pengundi bukan Melayu ramai. Mampu ke  Pas meraih kemenangan nanti?

Sekadar letakkan calon sahaja buat apa, ada kemungkinan calon Pas  boleh hilang wang deposit di banyak kawasan Dun dan Parlimen.

Tak tahulah jika Pas meletakkan calon dalam pilihanraya bukan untuk mencapai kemenangan tetapi untuk 'redho Allah, sahaja.

Mungkinkah  Pas mahu cari jalan selamat untuk berkerjasama dengan Umno/BN, Tetapi 'selamatkah, Pas jika menjadikan umno/ BN rakan barunya?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan