Berkatalah seorang presiden bertaraf ulamak sebuah parti Islam di negara ini, Harapan Baru adalah `nyamuk kecil' yang tidak pun mengganggu ketenteraman parti itu.
Keyataan yang dilihat sebagai memperlekehkan Harapan Baru, dalam masa yang sama rakyat di luar parti itu melihatnya sebagai Parti memiliki ciri ciri kesombongan.
Pas menyifatkan Harapan Baru umpama ‘nyamuk kecil’ yang mengganggu ketenteraman parti, namun ia bukanlah suatu masalah besar kepada parti, katanya.
Presidennya, berkata, parti itu pernah berdepan cabaran lebih besar sebelum kemunculan Harapan Baru dan semua masalah itu mampu diatasi sebaiknya.
“Kita anggap ia seperti nyamuk kecil, bukan cabaran besar. Pas pernah hadapi cabaran lebih besar pada tahun 80-an apabila presiden Pas keluar parti, diikuti lebih 10 pimpinan utama sehingga hanya tinggal seorang ahli parlimen ketika itu, iaitu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya, pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Tolak BN atau Perhimpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 8.0), di Kompleks Pas Kedah.
Sebelum ini presiden itu turut menyifatkan `kumpulan G 16" yang tewas dalam pemilihan parti itu baru baru ini sebagai `nyamuk yang mengganggu tidur Pas.
Dalam bahasa yang lain, elokah kumpulan yang tewas dalam pemilihan parti itu keluar dari `kelambu Pas' kerana seekur `nyamuk' pun kalau ada Pas tidak boleh tidur.
Kalau sudah Harapan Baru itu nyamuk kecil, tidak payahlah Pas merasa cemas bila ada yang keluar parti untuk bersama Harapan Baru.
Kenapa kumpulan itu dicemuh, disifatkan sebagai pengkhianat?
Tidak perlulah Pas mengekalkan keegoannya dengan melihat kumpulan lain sebagai tidak ada kekuatan sama saperti nyamuk.
Perlu dingat nyamuk adalah makhluk Allah yang kecil, orang tidak menganggapnya bahaya kepada kehidupan. Tetapi nyamuk juga ada kekuatan tersendiri yang mampu orangnya digigitnya terkena penakit dan boleh membawa maut.
Seorang raja yang zalim, Namrud, Allah hantar seekur nyamuk sahaja, akhirnya raja yang zalim itu mati.
Biarlah Harapan baru jadi nyamuk kecil tetapi mampu`menggigit' Umno/BN dan gigitan itu mampu `mematikan 'Umno BN dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
PKR dan DAP bersama `nyamuk kecil' dalam satu pakatan rakyat baru akan `menggigit' Umno/BN `semahu mahunya', akhirnya Umno/BN terkulai layu.
Bagi orang yang belajar ilmu kesihatan, ada lima penyakit bahaya yang disebabkan gigitan nyamuk, antaranya penyakit demam malaria dan demam denggi, mangsa gigitan boleh maut kalau lewat mendapat rawatan.
Tahun 2010 655,000 dijangkiti malaria kebanyakannya di Benua Afrika, ramai yang mati. Di negara ini pada 2010 sebanyak 45,037 kes demam denggi dilaporkan, 133 maut.
Kalau pun Harapan Baru disifatkan nyamuk kecil, rakyat pastinya berharap `gigitan' Harapan Baru boleh menyebabkan Umno/BN terkena `deman malaria' dan `deman denggi' akhirnya Umno/BN tersungkur dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
Pakatan baru bersama parti yang disifatan sebagai `nyamuk' akan mengakibatkan Umno/BN `demam berpanjangan' akhirnya menemui ajalnya.
Ada sejenis penyakit lagi disebabkan gigitan nyamuk juga seseorang itu boleh terkena penyakit kaki gajah (filariasis). Kesan gigitan nyamuk ini kaki mangsa akan membengkak menjadi besar, kerana itu penyakit ini digelar sakit kaki gajah.
Suatu ketika dahulu masyarakat di sekitar Kampung Gajah di Perak terkena penyakit kaki gajah ini. Hendak berjalan pun sukar kerana kaki sudah menjadi membesar.
Jika Umno/BN tidak tersungkur pun kesan gigitan `nyamuk', setidak tidaknya BN terkena penyakit kaki gajah yang menyukarkan pergerakannya.
Jangan kita fikirkan gajah yang besar itu kuat, tetapi ia boleh kalah juga. Terkena patuk ular tedung, gajah akhirnya mati kerana bisa ular tedung mampu membunuhkan seekur gajah.
Begitu juga dengan nyamuk yang kecil, ianya mampu berkuasa dengan izin Allah Raja Namrud lambang kerajaan yang zalim boleh mati terkulai.
Nyamuk oh nyamuk , gigitan mu berkuasa melumpuh dan `mematikan' mangsanya. Umno/BN pasti menjadi mangsa `gigitan' Harapan Baru bersama pakatan rakyat baru pada pilihanraya umum ke 14 nanti.
Tunggulah Umno/BN `nyamuk' akan datang `menggigit' mu nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan