Sabtu, 8 Ogos 2015

ANGKARA SIAPA?


Tindakan `memindahkan' Pengarah (operasi khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizat Yaakob ke Jabatan Perdana Menteri mengejutkaan semua pihak

Pimpinan politik pembangkang, Badan  Bukan Kerajaan (NGO), termasuk juga menteri dari Umno nmengktitik hebat perbuatan memindahkan dua `orang kuat ' SPRM itu.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.

SPRM sedang meneliti SRC International Sdn Bhd, sebuah syarikat yang sebelum ini dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ketika ini di bawah Kementerian Kewangan.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah membidas keras insiden tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan sekali gus menunjukkan yang ada yang tidak berpuas hati dengan usaha agensi anti-rasuah itu mencari kebenaran..

"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin saperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider.

Pihak polis mendakwa wujud kebocoran dalam siasatan 1MDB dan mengkhususkan siasatan mereka ke atas SPRM.

Menurut beliau tindakan itu akan menguatkan persepsi yang terdapat satu halangan yang jelas bagi SPRM dalam menjalankan tugas mereka.

Menerusi mesej di akaun Twitternya, beliau juga menyifatkan pemindahan itu satu "kegilaan".

Saifuddin juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global.

Anak Tun Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir menggesa rakyat memberi sokongan kepada SPRM yang kini berhadapan tekanan ekoran siasatan 1Malaysia Development Berhad.

Beliau bersama beberapa aktivis sosial selepas pertemuan dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Dalam masa yang sama juga Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.

"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.

"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu berlaku," kata Khairy.

SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.

Manakala Rohaizad pula menerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.

Beliau harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain PKR akan berhimpun di luar pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di seluruh negara untuk menyokong badan anti rasuah itu selepas 2 pegawai tertingginya ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden PKR itu  memberitahu beliau akan mengarahkan setiap anggota untuk membuat laporan polis terhadap pemindahan 2 Pengarah SPRM (Operasi Khas) Datuk Bahri Mohamad Zain dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob ke JPM.

"Saya amat terkejut dan kecewa mendapat berita Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob ditukar jawatan sehari selepas pertemuan beliau bersama beberapa ahli Parlimen Pembangkang termasuk saya sendiri," kata ketua pembangkang itu dalam satu kenyataannya..

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kredibiliti dalam mentadbir negara dan perlu meletak jawatan apabila bertindak menukar 2 pegawai tertinggi SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri.

Tindakan Najib itu katanya jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka.

"Perdana menteri bertanggungjawab kerana tindakan memburu pegawai kerajaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam negara kita.

"Mengapa satu badan bebas seperti SPRM menjadi mangsa kepada Barisan Nasional (BN)?

"Mengapa mereka ditekan dan diugut dalam usaha mereka mencari kebenaran?

Najib seharusnya meletak jawatan kerana kredibilitinya musnah sama sekali dalam hal ini dan Putrajaya harus bertanggungjawab terhadap situasi ekonomi hari ini," kata Azmin saperti yang dilaporkan Malaysian Insider hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan