Isnin, 10 Ogos 2015

KAH...KAH...KAH, NEGARAKU JADI BAHAN LAWAK DUNIA


Kah...kah...kah bila tengok rancangan Maharaja Lawak di televisyen. Kalau yang tengok rancangan itu tak gelak, ada yang tidak kena dengannya.

Rupa rupanya pelawak pelawak bukan sahaja ada dalam rancangan Maharaja Lawak, terapi wujud `diluar Tv',  pelawak pelawaknya bukan artis tetapi pak menteri pak menteri.

Ketika harga minyak petrol sikit masa lalu naik dan terus naik, ada pak menteri cadangkan supaya rakyat tak guna kereta dan motosikal, guna basikal, tak perlu guna minyak.

Kenyataan seumpama ini jadi bahan lawak di merata tempat terutama di media sosial.

Bila kerajaan BN umumkan tarif tol naik, ada pak menteri cadangkan kalau tak mahu bayar tol, ikut jalan biasa jalan persekutuan, jimat duit, tak perlu bayar tol, sampai juga ke destinasi.

Adakah ini kesan tengok rancangan Raja Lawak, menyebabkan pak menteri pun `buat lawak' tetapi lawaknya mengundang kemarahan rakyat.

Bila harga barang naik termasuk sayur sayuran naik, pak menteri cadang makan sayur kangkung, sebab kangkong tak naik harga.

Kenyataan ini menjadi bahan lawak dan sindiran tajam hingga menyebabkan pemimpin pemimpin Umno jadi marah bila Perdana Menteri menjadi bahan lawak.

Bila GST bermula, rakyat jadi resah, rakyat jadi marah. Muncul lagi pak menteri, jika tak mahu kena bayar GST, masak sendiri, mahasiswa dicadang masak sendiri makanan. Mahasiswa marah, rakyat pun pun marah.

Sekali lagi kenyataan itu jadi bahan lawak.

Ada pak menteri cadang lagi, rakyat beli sahaja barang yang tak kena GST, habis cerita, tak perlu merungut dan marah marah.

Rakyat tanya mana yang tak kena GST? Nak topup telefon pun kena bayar GST.Hingga rakyat jadi marah, buat komen pedas,  GST (Gasak Sampai Teruk). Yang teruk rakyat.

Terkini bila isu 1MDB tercetus, bila terbongkar wang RM2.6 billion masuk dalam akuan bank peribadi Perdana Menteri. SPRM keluar kenyataan wang itu bukan dari 1MBDB, itu wang derma.

Kah....kah...kah rakyat tertawa, Pemimpin pemimpin politik pun ketawa juga. Mereka semacam tidak percaya.

Ianya jadi bahan lawak di mana mana terutama di media sosial. Rakyat jadi tak percaya yang wang sebanyak itu didermakan kepada Perdana Menteri. Baik sungguh penderma itu. Siapa agaknya ya. Itu pertanyaan rakyat.

Bukan rakyat sahaja tak percaya, pemimpin pemimpin politik termasuk Umno juga tak percaya, termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan hari ini di Malaysiakini Tun Dr Mahathir Mohamad menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

Rasanya Maharaja Lawak perlu diperluaskan lagi, bukan untuk pelawak pelawak dan bakal bakal pelawak di negara ini sahaja.

Apa kata Maharaja Lawak diperkenakan seluruh dunia, negara negara yang berminat boleh ambil bahagian.

Pasti negara ini akan muncul sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK DUNIA

Kah...kak...kah negara ku  jadi bahan lawak dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan