Isnin, 3 Ogos 2015

SAMPAI BILA NAJIB MAMPU BERTAHAN?

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah tersingkir dari jawatan Timbalan Perdana Menteri berikrar tidak akan membisu dari memperkatakan 1MBD.

Tahniah dan syabas kerana memperjuangkan hak rakyat, tetapi sampai bila Muhyiddin mampu bertahan di dalam Umno kerana parti itu kurang senang dengan mereka yang menentang arus.

Muhyiddin boleh bercakap tentang 1MBD di mana juga ahli Umno berada tetapi sampai bila pimpinan Umno terutama Perdana Menteri boleh terus membisu?

“Saya tak mahu yes man, tapi janganlah 'no men' di luar,” penegasan Najib ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Hulu Selangor.

Najib pastinya tidak membiarkan Muhyiddin terus bersuara mengenai 1MBD, membiarkan Muhyiddin bertemu ahli ahli Umno dengan bersuara mengkritikan 1MBD.

Muhyiddin sendiri sedar jalan yang dipilihnya sukar, kawan kawan dalam Umno dan Kabinet Najib pun tidak menggemarinya, masing masing cari jalan selamat.

"Ya, saya berhadapan sedikit perbezaan pandangan dengan presiden parti. Dalam satu perkara sahaja – 1MDB.

"Bila hendak sebut ini, banyaklah sahabat politik saya yang bagi nasihat. Mereka kata saya bukan lagi timbalan perdana menteri. Saya kata, biarlah.

"Mereka mengingatkan saya supaya cakap baik-baik. Saya tanya, kenapa? Mereka kata, manalah tahu selepas saya tidak lagi dalam jawatan kerajaan, ada pihak nak cari salah supaya jawatan saya sebagai timbalan presiden digugurkan,"

Demikian kata kata Muhyiddin  ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agong Umno Bahagian Kluang, Johor.
.
"Jadi, bagaimana saya nak cakap? Tutup mulut dan berdiam diri? Takkan saya nak membisu. Saya harus bercakap, kerana ini tugas.

"Kalau orang politik tidak boleh bercakap, dia tidak boleh jadi ketua," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi.

Ternyata pimpinan Umno sendiri malah Presiden Umno sendiri tidak senang dengan apa yang dibicarakan oleh Mahyiddin. Apakah Muhyiddin akan dibiarkan begitu sahaja?

Membiarkan Muhyiddin bersuara saperti itu bermakna memberikan Muhyiddin `kuasa`menyerang' Najib sehingga rapat ke tepi gelanggang.

Jika Najib dan Umno mahu `selamat' dari kritikan, Muhyiddin perlu `didiamkan dari Umno. Jalan paling mudah ialah memecat Muhyiddin dari Umno.

Tidak mustahil Muhyiddin dipecat daripada Umno. Bukan satu yang menyukarkan Najib untuk memecat Mahyiddin kerana beliau mempunyai kuasa sebagai Presiden Umno.

Najib mahu tidak ada lagi pimpinan Umno mahupun jamaah Kabinet mempersoalkan 1MBD kerana Najib menyatakan isu itu tidak penting.

Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid mendakwa Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".

Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube.

"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir, kata bekas menteri Besar Kedah itu

Rakyat akan memerhatikan sampai bila Najib membiarkan Muhyiddin terus bersuara mengenai 1MDB. Atau Najib mengambil keputusan drastik terhadap Muhyiddin  dengan `ditamatkan keahliannya' Muhyiddin dari Umno?

Sekiranya namti Muhyiddin `dimatikan keahliannya' daripada Umno, bekas Timbalan Perdana itu perlu mencari tapak baru seandainya beliau masih bernafsu unyuk menyuarakan 1MBD dan kepentingan rakyat.

Pentas yang terbuka di depan matanya nanti adalah pentas Pakatan Rakyat 2 jika mahu terus bersuara tentang kepentingan rakyat.

Mungkinkah Muhyiddin Yassin akan memilih Harapan Baru sekiranya masa depan politiknya sudah `terkubur' daripada Umno?

Kita tunggu dan lihat nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan