Jumaat, 7 Ogos 2015

DERMA RM2.6 BILLION: SIAPA BAKAL 'KAMBINGHITAM' ?


Sehingga kini Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak belum lagi mengumumkan siapa penderma yang menyalurkan wang sebanyak RM2.6 billion itu ke dalam akuan bank peribadinya.

Desakan demi desakan yang dibuat oleh para pemimpin parti politik dan Badan  Bukan Kerajaan (NGO) tidak pun dihiraukan oleh Najib.

Mungkin ramai `pengampu pengampu' Najib yang bersuara tidak ada salahnya Perdana Menteri menerima derma sebanyak itu.

Terbaru kenyataan daripada Pengarah Pusat Kajian Intitusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Prof. Datuk Dr Ramlah Adam, dalam kenyataannya menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana menerima sumbangan derma RM2.6 bilion daripada individu tertentu.

"Tiada peruntukan undang-undang yang mengatakan menerima derma itu perbuatan salah", katanya

Namun, perbuatan itu menyalahi undang-undang jika sumbangan derma itu bagi mendapatkan balasan seperti pemberian tender projek.

Dalam isu dana RM2.6 bilion itu, jika penderma menyatakan sumbangan diberi atas dasar peribadi sekaligus membuktikan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan", katanya lagi.
.
Soalnya adakah penderma itu bagi begitu sahaja, tidak ada apa yang dihajatinya?. Baik sungguh orang tersebut boleh beri derma RM2.6 billion kepada Perdana Menteri tanpa mengharapkan apa apa pembalasan.

Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya menulis mengemukakan enam soalan berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sumbangan derma,
yang dikatakan SPRM, dari penderma di Timur Tengah, namun tidak dinamakan.

Beliau menggesa identiti "penderma yang murah hati" itu didedahkan, sambil menambah ada spekulasi mengatakan ia dari kerabat diraja Arab yang kaya atau "pedagang unta".

"Mungkin lebih dari seorang, dan tidak semestinya seorang Arab atau Islam," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarang New Straits Times Group itu turut menyoal apa yang dilakukan Najib dengan wang yang jumlahnya "sukar dibayangkan" itu dan adakah ia digunakan untuk Umno dan Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Umum pada 2013.

"Sekiranya RM2.6 bilion itu digunakan untuk 222 kerusi Parlimen, maka satu kerusi akan dapat RM11.72 juta.

"Adakah semua wang itu dibelanjakan atau sebahagiannya disalurkan dan disimpan di suatu tempat di salah satu pusat kewangan pesisir pantai luar negara?" soalnya

Seorang veteran Umno yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Juned,pula menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.

Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.

Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.

Pertanyaan demi pertanyaan yang diluahkan oleh  rakyat termasuk  pimpinan parti politik dan bekas veteran Umno sepatutnya dijawab oleh Najib. Tetapi kenapa Najib terus juga  membisu?

Di zaman `langit terbuka' dan rakyat boleh memperolehi maklumat hanya `dihujung jari', tidak sepatutnya Najib terus membisu.

Rakyat ingin tahu siapa penderma yang baik hati itu, dedahkan nama penderma itu? Kenapa Najib masih mahu menyembunyikan senarai penderma yang dikatakan cukup baik hati itu.

Najib perlu bersuara segera untuk mendedahkan nama penderma itu. Atau Najib boleh terus membisu seribu bahasa?

Sekiranya Najib terus membisu rakyat pastinya menggunakkan kuasa undi untuk menjatuhkan Najib dan Kerajaan BN untuk digantikan dengan Pakatan Rakyat 2 pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Adakah itu yang Najib nanti nantikan?.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan